Salah Tetap Salah. Hukum Tetap Akan Dikenakan!
Assalamualaikum w.b.t.
Pada hari yang berbahagia ini, penulis berhasrat ingin post lagi persoalan yang ditanyakan oleh Saudara IqbalSyarie kita ini. Mungkin boleh dijadikan panduan yer... =)
salam...macam mana kita nak ubah perangai seseorang yang dah biasa buat perkara negatif seperti mencuri? adakah terdapat cara ubati penyakit ini dengan membawa orang tersebut kepada ustaz/ustazah?
Saya teringat pada suatu kisah di zaman Rasulullah tentang seorang wanita bangsawan daripada bani Makhzum yang suka mencuri. Panjang tangan, bak kata orang melayu. Beliau mencuri bukannya kerana miskin. Tidak. Beliau golongan bangsawan. Tapi beliau mencuri kerana sifatnya memang suka mencuri, lebih-lebih lagi di rumah orang yang miskin.
Lalu selepas beberapa kali ditangkap, Rasulullah memutuskan bahawa wanita itu perlu dipotong tangan (hukuman hudud). Tetapi, para sahabat kurang senang dengan keputusan Rasulullah. Kerana pada mereka, wanita itu ialah orang bangsawan!
Lalu mereka berbincang dan memerintahkan Usamah Bin Zaid untuk menegur Rasulullah. Mereka tak berani, jadi mereka suruh orang yang Rasulullah cinta (iaitu Usamah Bin Zaid) untuk memujuk Rasulullah agar wanita itu tidak dihukum.
Lalu, apa Rasulullah buat bila Usamah Bin Zaid cuba menasihati Baginda?
Baginda diam. Cuma mendengar. Tetapi wajah baginda merah padam, tanda marah. Selepas itu Baginda berdiri dan berkhutbah,
“Wahai manusia sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah, apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan. Akan tetapi apabila seorang yang lemah mencuri, mereka jalankan hukuman kepadanya. Demi Dzat yang Muhammad berada dalam genggaman-Nya. Kalau seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri. Niscaya aku akan memotong tangannya.”
Lalu, hukuman itu dijalankan kepada wanita bangsawan tadi. Wanita itu bertaubat, dan akhirnya berkahwin dengan seorang lelaki soleh.
Jadi, jawapan bagi permasalahan ini ialah hudud. Kalau dah suka sangat mencuri, memang sama jenis dengan wanita bangsawan Bani Makhzum tadi.
Tapi Malaysia tak buat hukum hudud. Jadi itulah sebabnya kenapa banyak sangat kes kecurian.
Lalu, untuk atasi masalah ini... kita boleh rujuk kepada satu lagi kisah yang tercatat dalam hadis sahih, tentang seorang lelaki yang membunuh 99 orang, tambah 1. Selepas berjaya menggenapkan angka pembunuhan kepada 100, dia bertemu dengan seorang alim lalu apa orang alim tu kata?
"Berhijrahlah ke kampung sebelah, kerana di sana, suasananya adalah lebih baik."
Jadi, bagi orang yang ada kegemaran mencuri itu, kadangkala dia jadi suka mencuri kerana faktor suasana. Jadi apa yang dia perlu buat ialah berpindah ke suasana yang sihat- hingga tak timbul dalam derianya, perasaan ingin mencuri lagi.
Pindah suasana ni boleh diterjemahkan dengan selalu mendampingi masjid, mendampingi majlis ilmu, mendampingi ulama, dan meminggirkan maksiat, perkara lagha (facebook), dan yang berlawanan dengan makruf tadi.
Mudah-mudahan dapat membuatkan kita berfikir sejenak akan hal ini. Wallahua'lam.
1 Kata Berhikmah:
Alhamdulillah, hadith itu perlu ditakhrij semula tu :)
, jemput ke WADi jika berminat untuk berforum dan berdiskusi secara life..jemput daftar di forum WADi, dan kita boleh berdiskusi atau soal jawab bersama, insyaAllah.. :)
Post a Comment