Aurat Dengan Sepupu, Anda Ambil Kisah Tak?
Assalamualaikum w.b.t.
Penulis ingin memohon sepuluh jari memohon kemaafan lantaran tidak dapat nak post entri baru di sini lantaran kesibukan yang melanda di hujung-hujung tahun ini. Alhamdulillah hari ini penulis diberi kemudahan dan keselesaan untuk berbicara mengenai satu topik yang perlu dibahaskan dan dijelaskan kepada anda terutama kepada anak-anak perempuan di luar sana. Perkara ini sudah lama bermain di fikiran penulis sejak sekian lama. Lama. Sejak penulis melangkah ke alam sekolah menengah. Namun, hari ini barulah penulis dapat membangkitkan semula tentang perkara yang 'berat' ini. Perkara tersebut adalah :
BOLEHKAH SESEORANG PEREMPUAN MENDEDAHKAN AURATNYA KEPADA SEPUPU TERDEKATNYA?
Penulis pernah berada di dalam dilema pabila melihatkan saudara mara perempuan yang dengan tenangnya tidak memakai tudung kala berhadapan dengan sepupu mereka, menyingsing kaki seluar hingga paras betis ketika di hadapan rumah, dan sebagainya. Penulis berfikir sejenak. Bolehkah? Bukankah telah dijelaskan di dalam Al-Quran yang merakamkan suruhan Allah di dalam surah An-Nur. Adakah kebarangkalian terlalu panjang ayat itu sehinggakan mereka tidak memahami setiap patah kata yang Allah terangkan? Mari kita semak semula suruhan Allah di dalam surah An-Nur ini. Penulis mengharapkan agar anda memerhatikan satu demi satu ayat yang dipaparkan di sini supaya anda memahaminya, dan bukan sekadar sebagai bahan bacaan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
- suami mereka
- atau bapa mereka
- atau bapa mertua mereka
- atau anak-anak mereka,
- atau anak-anak tiri mereka
- atau saudara-saudara mereka
- atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki
- atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
- atau perempuan-perempuan Islam
- atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
- atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
(Surah al-Nur : ayat 31)
Telah dijelaskan dengan begitu terperinci sekali di dalam surah An-Nur ini. Istilah yang mudah untuk difahami dan direnungi. Tiada ayat yang menyatakan bahawa dibenarkan untuk menampakkan aurat mereka kepada saudara lelaki. Ada? Sekiranya ada, jelaskan kepada penulis.
Penulis melihat terlalu ramai anak perempuan yang tidak mementingkan soal aurat ketika bersama dengan sepupu mereka. Sebagai contoh yang mudah, mungkin terdapat anak perempuan yang mengatakan kepada penulis yang :
"Sepupu saya tinggal bersama dengan keluarga saya sejak kecil lagi. Jadi, tiada salahnya bukan? "
"Sepupu lelaki saya menetap di sebelah rumah saya dan kami berkawan sejak lahir lagi... Takkanlah tak boleh?"
"Sepupu saya suka masuk rumah main terjah je. Jadi, susahlah begini..."
"Sepupu saya tu diibaratkan macam abang saya. Bertepuk tampar, biasalah tu..."
Begitu banyaknya alasan yang dikemukakan oleh anda di luar sana. Bagi menjawab persoalan dan alasan yang diajukan di atas, Islam mengatakan HARAM bagi mendedahkan aurat kepada sepupu lelaki dalam bahasa mudahnya. Mungkin jika disebutkan 'saudara lelaki', anda tidak memahami konteks yang hendak disampaikan. Betul?
Penulis ingin menjelaskan sejelas-jelas yang mungkin kepada anda supaya anda memahami konteks penutupan aurat yang sebenar-benarnya. Sekiranya anda masih kurang jelas dengan penyampaian penulis di sini, anda boleh merujuk kepada guru-guru yang lebih mahir di dalam bidang ini bagi penjelasan yang lebih mendalam. Penulis menyampaikan mengikut ilmu yang dipelajari penulis. Insya-Allah.
Apabila diterangkan mengenai had batasan aurat ini, sudah pasti aurat seseorang anak perempuan adalah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Umum juga mengetahui akan hal ini. Namun, perlu disemak semula. Adakah anda benar-benar menjaga batasan aurat anda ini? Fikir-fikirkan sejenak. Mungkin jua terdapat anak-anak perempuan di luar sana sedang melalui proses perubahan dari buruk ke baik, dari 'membuka' kepada 'menutup' dan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru yang lebih baik. Namun, itu bukanlah suatu alasan untuk anda menolak pada sesetengah perkara. Apabila solat DIFARDHUKAN dan WAJIB ditunaikan, begitu jualah dengan AURAT.
Penulis mengerti kerana mungkin ada anak-anak perempuan di luar sana yang memerlukan masa untuk melaksanakan tuntutan Allah s.w.t ini. Tetapi, sampai bilakah anda memerlukan masa untuk bermula jika bukan dari sekarang?
Implikasinya begitu mudah.
-----> Solat WAJIB -------> Tinggal dapat DOSA-----> Tutup Aurat WAJIB -------> Tak tutup dapat DOSA
Sama bukan? Di manakah bezanya? Sewaktu berpuasa, sebulan penuh nak dibuat. Tetapi, apabila datangnya bab aurat dengan sepupu, anda tolak. Bukankah anda dikira menolak Islam? Renung-renungkan kembali. Mudah-mudahan usaha murni anda untuk menjadi insan lebih baik akan dapat dicapai. Wallahua'lam.
2 Kata Berhikmah:
terima kasih ats infonya..
suzie rahman.
=)
Post a Comment