You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Monday, 30 January 2012

Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala ?

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar iman? Apa khabar jasad? Insya-Allah, mudah-mudahan akan sentiasa sihat hendaknyer..... =) 
Bila penulis buka kembali blog ini, tersenyum lebar. Masih kelakar dengan gelagat adik-adik muslimin yang menghadiri program di Paya Pahlawan, jika tidak silap. Itulah kenangan-kenangan manis mereka. Anda ada? Andai anda ingin turut merasakan seperti yang mereka rasa, rajin-rajinlah menghadirkan diri, menawarkan diri untuk belajar sesuatu selagi mempunyai masa di tempat pengajian. Apabila sudah melangkah ke luar alam 'student life', mungkin anda tidak akan dapat merasakan lagi untuk menjadi 'gila-gila' seperti mereka ini. Uh! Alangkah ruginya di situ. Berhenti di situ.


Hari ini, penulis ingin berkongsi artikel yang dikarang sendiri oleh seorang blogger. Mungkin anda sudah mengenali siapa dirinya, mungkin juga anda tidak mengenali siapa dirinya. Segalanya adalah mungkin. Pada pendapat penulis, author blog ini ingin menegur kesilapan-kesilapan setiap perkara yang pada pandangannya adalah salah. Bukankah begitu? Penulis mencadangkan agar anda semua singgah sebentar di blog beliau untuk menilai sendiri apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh author blog tersebut. Inilah blognya. 


Teguran-teguran yang dilakukan itu adalah ditujukan kepada anak-anak gadis Melayu yang beragama Islam. Bagi penulis sendiri, gaya penyampaiannya itu adalah ibarat nasihat daripada seorang abang kepada seorang adiknya. Betul? Itu pendapat penulis, pendapat anda, anda tentukan. Memang benar apa yang diungkapkan di dalam blognya itu. Bukanlah niatnya untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi authornya benar-benar ingin menyedarkan 'adik-adik' gadisnya sebelum terlambat. Bukankah Allah berpesan agar melaksakan amar makruf nahi munkar? Nah! Authornya menggunakan medan penulisan untuk menyampaikan hajatnya itu. Itulah kegunaan sebenar medium elektronik ini. Bukannya digunakan untuk tujuan menyebarkan fitnah apatah lagi menyebarkan aib orang lain. Contohnya, sekiranya seseorang blogger itu meletakkan gambar orang lain yang terdedah auratnya walaupun sedikit, maka dosa itu turut kena pada dirinya sendiri. Cukuplah dengan dosa yang dilakukan oleh diri sendiri. Cukup sekadar itu. 

Penulis copy paste dari blog insan ini. Hayatilah ia.
Bismillah...
Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.

Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."

Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.


Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.



* maaf, perkataan sedikit kesat
..........................................................

Stupidity #1

Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.


Stupidity #2

Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.



Stupidity #3

Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !


Stupidity #4

Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5

Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya:Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !


Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti.

Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri.



Begitulah kata-kata nasihat dan teguran daripada seorang lelaki kepada perempuan-perempuan di luar sana. Jangan marah. Jangan bentak. Jangan emo. Fikirlah dengan akal yang dikurniakan Allah itu. Fikirlah dengan iman. Fikirlah dengan sebaiknya. Allah sudah memberikan 1001 nikmat kepada anda, tetapi anda nak menjaga 1 hal iaitu agama Allah, begitu susahkah? Sampai begitu sekali... Ish..Ish..Ish.. Menampakkan tanda anda tidak bersyukur. 

Sudah ramai yang menegur. Sudah ramai yang nasihat. Sudah ramai yang tampil memberi jalan. Sekarang.

TERPULANG PADA DIRI ANDA SENDIRI.

Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah nasibnya sendiri. 
(Surah Al-Ra'd : 11)

Fikirkan sejenak. 
Di mana kedudukan anda 
di hadapan Allah s.w.t. 

Di bawah 
ataupun 
di atas?

2 Kata Berhikmah:

Syamilsynz 30 January 2012 at 14:22  

btul, bahaya prmpuan upload gmbr dlm facebook sekarang ni sbb urusan stalker juga sgt mudah...

teruskan berkongsi utk Islam.

Waiz Aufa (Penasihat Yang Setia) 30 January 2012 at 20:25  

Syamilsynz,

insyaAllah.. =) sama-sama ingatkan..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP