You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Wednesday 29 February 2012

Miskin Harta Kaya Jiwa. Yang Mana Satu Kita?

Assalamualaikum w.b.t.
Pagi yang berbahagia....

Mac telah datang. Februari baru berlalu. Januari tinggal kenangan.
Rabi'ul Akhir menjelma lagi. Ditinggalkan oleh Rabi'ul Awwal yang mulia. Safar tinggal mimpi.
Kalam-kalam dibicarakan. Ilmu-ilmu disebarluaskan. Minda-minda menagih santapan.
Di mana kedudukan kita sekarang. Di mana kita melepaskan keluhan. 
Di mana kita menimba secedok harapan. 
Di mana? Di mana? Di mana?

Di hari yang berbahagia ini, suka untuk penulis berkongsi lagi karangan oleh sahabat kita iaitu Saudara Abu Ikhwan. Suatu cerita. Suatu coretan. Suatu pengajaran. Mudah-mudahan masuk ke dalam jiwa. 


Satu cerita...

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya-raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ini?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah."

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya," jawab si anak.

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ini?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,


"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita."


ليس الغنى عن كثرة العرض، ولكن الغنى غنى النفس"Kekayaan bukanlah banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kekayaan hati."
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pesanan Penulis, 
HIDUP YANG PENUH KEKAYAAN, TIDAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI.


Tuesday 28 February 2012

Siapa Yang Lebih Menderita? Anda atau Mereka?

Assalamualaikum w.b.t. 
Kadang terdengar di cuping telinga. Mulut manusia mengeluh mengenangkan kehidupan yang dirasakan sukar sekali. Namun begitu, terdapat lagi yang lebih menderita dan mempunyai kehidupan tidak sesempurna rakyat di dunia. Saksikanlah.


Tempat bermain bagi kanak-kanak ini bukan seperti kebanyakan kanak-kanak di Malaysia.


lagi gambar di bawah






























Sekarang renungkan, SIAPA YANG LEBIH MENDERITA?

Sumber : OhBest!

Sunday 26 February 2012

Dah Cukup Ikhlaskah Anda Menulis?

Assalamualaikum w.b.t.

Sebahagian dari apa yang dinukilkan pernah bermain di minda penulis. Tetapi, kadangkala penulis akui, penulis juga tersasar. Oleh itu, marilah sama-sama kita semak semula matlamat sebenar penulisan kita ini. Penulisan ini adalah daripada seorang blogger tempatan, yang menyedari hakikat sebenar mengapa perlu adanya penulisan ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita juga akan menyedarinya dari terus tersasar dari laluan sebenar yang digariskan oleh-Nya.


Ikhlas bukan pada lafaz tapi pada hati.

Kadang-kadang datang angin bayu membisik lembut pada telinga.Ia seperti suara bisikan hati yang paling dalam.Jua seakan bertanya tentang sesuatu perkara.Kadangkala ia menghantui diri tetapi ada juga terasa seperti satu peringatan.

"Adakah engkau ikhlas dalam nukilan kamu?,atau engkau hanya mengharapkan sesuatu habuan duniawi?

Merenung sejenak mencari kapasitor jawapan yang sebenar.Apa yang aku mahu dalam nukilan aku.Pujian?,kadang-kadang ia datang menggoda tetapi diri cuba memberontak.Sambil melafazkan kata-kata."Aku akan cuba untuk ikhlas.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya,setiap perkara yang kita lakukan akan dinilai keikhlasannya oleh Allah S.W.T.Ikhlas itu sukar tetapi ia tidak payah."Pernah terdengar kata-kata tersebut.Tapi bagaimana nak ikhlas sedangkan ia sukar?.

"Berfikir...

Bagi aku untuk ikhlas dalam menulis adalah dengan menghalang perkara-perkara yang boleh menggugat niat dan lakukan perkara yang boleh meneguhkan niat...



Sembunyikan identiti

Bagi aku menyembunyikan identiti adalah satu alternatif untuk menghalang perkara yang boleh menggugat niat.Tapi mem"publish"kan identiti kita bukan bermakna kita tidak ikhlas.Ia bergantung pada individu tersebut bagaimana kuat dia menahan gelodak penyakit hati yang sentiasa mengganggu keikhlasan.Sebab tu aku terpaksa sembunyikan identiti kerana aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati.Tapi jangan sangka aku nie "lack of confidence" pulak.Kahkahkah...


Tiada iklan pada blog

Dulu,masa baru-baru buat blog aku ada jugak pasang iklan.Selepas tu,aku berfikir niat asal aku untuk menulis.Kau nak dapat "earning" ker?,atau kau betul-betul ikhlas untuk menulis.So,aku buang iklan pada blog.Tapi aku tak kata blogger yang ada iklan pada blog tu tak ikhlas.Macam aku kata tadi,aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati.Alternatifnya adalah tiada iklan pada blog aku.So,terhalanglah diri ini untuk menulis entri semata-mata nak tingkatkan trafik dan "cash out" pendapatan dari iklan."Mungkin...


Mengawal objektif

Sentiasa kawal objektif atau tujuan asal kita untuk ber"blogging".Kalau tergelincir dari landasan cepat-cepat naik dan pacu dengan berhati-hati supaya "maintain" dalam penulisan.Tersilap pacu kita bakal binasa.


Entri berfaedah

Sentiasa menulis entri yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang lain terutamanya pengunjung-pengunjung blog.Contohnya,nasihat-nasihat agama.Tidak semestinya membina sebuah blog berunsur keagamaan untuk menasihat.Tapi sekadar menyampaikan apa yang kita tahu dan perkara tersebut memberi faedah kepada orang yang membaca.Apa yang disampaikan akan balik kepada kita semula.Apa yang dinasihatkan kepada orang lain adalah cerminan nasihat bagi diri sendiri.Setiap perkara yang dilakukan untuk kebaikan orang lain akan dipermudahkah oleh Allah S.W.T.Disitulah titik-tolak keikhlasan bakal terbit.InsyaAllah.Tolong bagitau kalau ada entri aku yang tak berfaedah dan merapu.Akan diperbaiki.InsyaAllah.Hehe...


Doa

Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dikurniakan keikhlasan dalam berkarya dan sentiasa istiqomah dalam apa yang ditulis.

So,semua yang ditulis adalah pendapat aku semata-mata dan menjadi rujukan untuk diri sendiri.Tiada kena mengena dengan yang hidup,pengsan,ataupun yang telah meninggal dunia.Doakan aku sentiasa istiqomah dalam penulisan dan tegur aku kita jika aku tergelincir.

Pesanan Penulis :
Doakanlah agar penulis juga istiqamah dengan jalan ini... =)

Sumber : Sini

Monday 20 February 2012

RM1000 vs RM2700. Pilihan Anda?

Assalamualaikum w.b.t. 

Kenal ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dalam bahasa pendeknya?....
Sekiranya tak kenal beliau, bermakna anda masih berada di takuk lama. Kenal-kenallah dengan hamba Allah yang dianugerahkan akal dan kebolehan untuk menyampaikan ilmu kepada kita ini. Ada sesuatu yang boleh anda dapat dari sana. Insha-Allah. =)


Sekadar post pendek supaya anda mendapat pengetahuan di sini. Penulis merajinkan diri untuk sentiasa memberikan update terbaru untuk anda. Insha-Allah. Mudah-mudahan urusan penulis dimudahkan. =) Wallahua'lam.

Sunday 19 February 2012

Lebah Pun Berselawat. Anda?

Assalamualaikum w.b.t.
Cuti pertengahan semester di PTSS. Sudah pasti ramai yang mengambil peluang ini untuk merehat-rehatkan diri dari kepenatan belajar. Betul? Sementara berehat-rehat di rumah, jangan sesekali meninggalkan segala amalan kebiasaan ketika di Poli yer.

Sedikit perkongsian untuk hari ini. Mudah-mudahan anda mendapat sesuatu di sebalik kisah ini. =)


Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w bersama Imam Ali a.s. duduk di hutan kecil, tiba-tiba datang seekor lebah dan hinggap di leher Imam Ali a.s, Rasulullah saw berkata kepada Imam Ali bahawa sebenarnya lebah ini hendak menjamu kita, kemudian lebah ini berkata pada Rasulullah saw bahawa ada sedikit madu di suatu tempat dan suruhlah Amirul Mukminin pergi ke sana untuk mengambil madu tersebut.

Kemudian Imam Ali a.s pergi untuk mengambil madu tersebut dan membawanya kehadapan Rasulullah, kemudian Rasulullah bertanya pada lebah tersebut:
"Makanan yang kau makan adalah sari bunga yang pahit, apakah penyebabnya ketika sari bunga itu masuk dalam tubuhmu dapat menjadi manis?".
Lalu lebah (Honey Bee) itu menjawab:

"Itu semua berkat wujudmu wahai Rasulullah, sebab setiap sari bunga yang masuk ke dalam tubuh kami, Allah mengilhamkan pada kami untuk berselawat padamu, oleh kerana itu sari tersebut menjadi manis dalam tubuh kami".


Walaupun pendek kisahnya, tetapi diharap dapat menyedarkan diri penulis dan juga anda supaya lebih peka akan kepentingan berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w.

Pesanan penulis,
Hari-hari adalah Maulidur Rasul jika Rasulullah s.a.w. ada sentiasa di dalam hati nurani kita ini. Isha-Allah. =)

Sumber : Sini

Monday 13 February 2012

Doodle Story: Terasa Malu Untuk Berubah

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar ingin berkongsi luahan rasa sahabat kita iaitu karya Wan Hazel. Boleh ziarah insan terpilih ini di WAN HAZEL.



Assalamualaikum...


Pernah tak korang dalam delima?Rasa sangat sangat sukar nak buat pilihan..Antara dunia dengan dunia dan antara dunia dengan akhirat.Tapi kali nie Wan nak ceritakan lebih mengenai akhirat.Mungkin ramai antara kalian yang berasa sedemikian dan mungkin ramai tak tahu dimana jalan untuk melangkah..Atau mungkin terasa malu dengan perubahan diri...



M
anusia , begitulah hendaknya.. bukan hanya kalian ... Diri ini sendiri turut seperti itu..Malu untuk berubah namun kita terpaksa harunginya..Jika jiwa terasa kosong , kepada Allah jualah kita meminta..mengapa perlu malu kepada manusia tidak kepada ALLAH??Tepuk dada tanya iman..


Bagi sesapa yang hendak berubah ke arah kebaikan.Sokongan Wan tetap bersama kalian..Insya Allah jalan kalian akan diberi lebih hidayah.. dan semoga semua antara kita diberi keberanian dan diberi hidayah rahmat...Amin.

Pesanan Penulis:

"Mulakan langkah pertama dengan keazaman yang baru dan disusuli dengan doa agar dapat istiqamah dalam setiap amal perbuatan". Insya-Allah. Wallahua'lam.  =)

Wednesday 8 February 2012

Amalan Terbalik. Anda Tergolong Di Sini?

Assalamualaikum w.b.t.
Kaifa haalukum? Pertanyaan awal untuk membangkitkan semangat penulis. Penulis ditimpa kesibukan yang agak terlampau dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang dipikul oleh penulis. Semalam, penulis mendapat tahu bahawa blog picisan Rakan Pusat Islam ini akan diambil alih oleh Lujnah Multimedia. Alhamdulillah. Akhirnya ada juga pengganti penulis bagi menyambung penulisan di laman sesawang ini. Syukur. =)


Sementara blog ini beralih tangan, penulis ingin berkongsi fakta bukan auta daripada karangan saudara kita iaitu WADi. Ada di antara anda mungkin sudah mengenali beliau ini. Tetapi, sekiranya masih belum mengenali, anda boleh melawat beliau di sini. 


Teruskan pembacaan anda di sini. Mudah-mudahan anda akan beroleh sesuatu pada hari ini.


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Nota: Adat atau ibadat?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin), orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Nota: Mak-mak selalu cmni rasenyer...

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik?
Nota: Kebiasaan dah ler tue...


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
Note: Ana makan je...Org dah jamu makan, takkan nak biar je? =)

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
Note: Muhasabah diri....


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Note: Bercakap senang, bile tiba waktu nak aplikasikannya, dah mula dah....

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
Nota: Adat jugak ea?

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Note: Berkira sangat dalam bab-bab agama... Habit...


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
Note: Ana setuju! Itulah hakikatnyer...

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Nota: Sape yang taknak isterinya berhias depan-depannyer?kita semua mahukannye.. =)

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Cukup sedap mate memandang... Betul?

Sabda Rasullullah SAW:
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."

(Riwayat Bukhari)

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan ini... Insya-Allah. Wallahua'lam.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP