Riak vs Ikhlas. Bagaimana Tu Ya Akhi?
Assalamualaikum w.b.t.
Kaifahaalukum? Jutaan kemaafan lantaran tidak dapat aktif untuk mengupdate blog RAPI ini. Penulis mempunyai masa yang terhad untuk berada di sini. Insya-Allah penulis cuba memberikan yang terbaik bagi memastikan blog ini berjalan seperti biasa. =) Pada hari yang berbahagia ini, dalam keadaan cuti yang panjang bagi anak-anak sekolah, pastinya indah apabila dapat menghabiskan masa dengan keluarga tercinta. Manfaatkanlah sebaik-baiknya peluang bercuti. Cuti-cuti jugak, tapi jangan terlalu seronok sehingga lupa akan tanggungjawab pada-Nya.
Penulis ingin berkongsi coretan daripada saudara IqbalSyarie bertajuk "Bagaimana Untuk Ikhlas?". Sama-samalah kita hayatinya. Dan carilah sesuatu di sini. Insya-Allah. Setiap kata-katanya ada sesuatu yang tersembunyi. Anda boleh melawat saudara Iqbal di sini. Klik IqbalSyarie.
Teruskan pembacaan anda di sini... =)
"Iqbal, saya rasa susah sangat nak ikhlas. Tiap kali bayangan riak menerpa, saya akan beristigfar. Hmm... susahlah macam ni", keluhnya perlahan.
Ah, kasihannya!
Pertama sekali, saya nak menyatakan persetujuan saya akan kata-kata sahabat yang mengeluh tadi. Bersetuju bukan bermaksud saya menyokong dia mengeluh, sebaliknya saya juga merasakan yang jika kita mahu ikhlas, ia adalah suatu yang susah. Bahkan sangat-sangat susah!
Tapi tak sukar untuk kita tahu kenapa ikhlas itu benda yang Allah jadikan sukar untuk kita raih.
Kita belek al-Quran, lalu pada ayat 39 dan 40, surah al-Hijr, kita akan bertemu dengan jawapannya.
Kata syaitan,"Sungguh aku akan sesatkan manusia semuanya, kecuali orang yang ikhlas."
Nampak kan?
Ikhlas bukan sahaja sukar kerana ia sumber kekuatan insan, tetapi ia juga sebenarnya ialah perisai ulung yang akan memisahkan kita dengan karat-karat dunia.
Kebetulan, saya pernah mendengar kuliah Ustaz Pahrol di radio IKIM. Kata beliau, sifat ikhlas itu ialah ibu ataupun kepala kepada sifat-sifat mulia yang lain. Orang yang memiliki keikhlasan, insya-Allah akan memiliki sifat baik yang lainnya.
Lalu, bagaimana mahu ikhlas?
Saya belum menjawabnya.
Begini. Setakat yang saya tahu, secara teori dan praktikalnya, ikhlas ini ialah umpama susu.
Bagaimana?
Rujuk surah An-Nahl ayat 66.Kata Allah, "...susu yang berasal di antara kotoran dan darah."
Maksudnya, orang yang memiliki ikhlas, sifatnya ialah tetap (constant) walau apapun yang berlaku disekelilingnya, atau walau apapun persekitarannya.
Umpama susu. Daripada lembu, ia mengeluarkan najis. Daripada lembu, ia mengeluarkan darah. Dan daripada lembu yang sama, ia mengeluarkan susu. Najis dan darah ialah kotor, tapi susu, murni.
Begitulah. Orang yang ikhlas, walau bagaimanapun persekitarannya, tak kiralah orang tengok atau orang tak tengok... sifatnya sama. Amalnya sama. Rajinnya sama. Kesungguhannya sama.
Tak adalah kalau depan orang, dia solat sunat lebih.
Atau tak adalah di belakang orang, dia tak solat sunat pula.
Kekal. Depan orang dia buat, di belakang orang pun tetap amal itu berjalan. Tak tambah, tak kurang. Inilah yang kita mahu tanamkan dalam roh sendiri.
Sebenarnya ada beberapa cara meraih ikhlas yang saya tahu;
1- Berbuat sesuatu dengan istiqomah.
Memang pada fasa permulaan, kita akan rasa diri kita hebat, rasa lebih bagus dan rasa lebih baik daripada orang lain. Iyalah. Orang lain solat kat depan laptop, kita pula solat dibelakang imam. Kitalah hebat. Tapi masa itulah syaitan akan membisik, "Kau tu hebat! Ada kelasss!"
Memang pada fasa permulaan, kita akan rasa diri kita hebat, rasa lebih bagus dan rasa lebih baik daripada orang lain. Iyalah. Orang lain solat kat depan laptop, kita pula solat dibelakang imam. Kitalah hebat. Tapi masa itulah syaitan akan membisik, "Kau tu hebat! Ada kelasss!"
Atau, bertudung. Kerana kita bertudung, kita jeling orang sebelah, seorang wanita yang berambut perang. "Teruknya dia ni. Bilalah nak bertudung macam aku. Nampak baik sikit"
Jadi, masa itu kita kena banyak-banyak istighfar.
Ada orang, sebab dia rasa diri dia telah riak, dia pun berbisik kepada diri sendiri, "Lebih baik aku tak payah beramal. Kalau amal pun, riak saja. Bukannya dapat pahala."
Lalu, dia bertindak tekad. Meninggalkan amal.
Orang macam ni wajar kita pegang kepala dia, pulas sahaja. Sebab tanpa dia sedar, rupanya masa itu dia telah riak dengan riak yang dua atau tiga kali kuasa gandaan berbanding sebelumnya!
Riak campur bodoh.
Ubat kepada riak ialah ikhlas. Dan mahu dapatkan ikhlas, kita perlu dapatkan istiqomah.
Kalau sudah istiqomah, kita dengan sendirinya tak akan terfikir langsung akan apa pandangan orang. Sebaliknya, kita akan ingat apa pandangan Allah.
2- Tambahkan ilmu.
Tips ini hadir selepas saya membaca majalah i keluaran oktober 2011. Tajuk artikel itu, 'Hamzah bin Abdul Mutalib'. Apa kaitannya dengan ikhlas?
Macam Saidina Hamzah r.a, beliau mula-mula masuk islam bukannya kerana ikhlas. Beliau masuk islam kerana faktor kekeluargaan. Beliau bengang dengan tindakan Abu Jahal mencaci maki anak saudaranya, Muhammad Rasulullah (mari kita berselawat pada junjungan besar ar-Rasul) tapi akhirnya, dia benar-benar menyerah diri dalam agama ini.
Maknanya.... orang yang nak ikhlas, benda pertama dia perlu buat ialah 'buat amal itu!' Mungkin masa itu kita belum ikhlas sepenuhnya tapi pasti lama kelamaan, kita akan mampu ikhlas.
3- Betulkan niat.
Niat ialah mainan hati. Sebab itu kita perlu selalu berkomunikasi dengan nurani sendiri. Semadikan dalam-dalam, 'kerana Allah', di tiga situasi- sebelum beramal, semasa beramal, dan sesudah beramal.
Dan di setiap sela masa itu, kita perlu memperbanyakkan istighfar atas segala lintasan hati yang buruk-buruk, jika ia tercetus. Padamkan bara-bara riak dan ujub dengan sejuknya istighfar. Jangan sesekali biarkan diri anda terbuai-buai dengan mainan perasaan.
Akhir kata, saya sendiri tak pasti saya ikhlas atau tidak menulis saat ini. Kerana ikhlas ialah kerja kita dan Allah. Hanya kita dan Allah yang tahu. Sebab itulah kita sebagai orang asing dalam roh seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya berlagak konon-kononnya kita tahu apa yang sedang bermain dalam hati seseorang. Kita serahkan niat mereka kepada Allah.
Tapi yakinlah, 'siapa yang berhijrah dengan niat mahu mengahwini wanita yang dia sukai, maka hijrahnya ialah untuk wanita yang dia ingin nikahi itu.'
We are what we intend for.
Begitulah penjelasan teliti oleh Saudara Iqbal. Moga-moga ada sesuatu yang dapat anda ambil di sini. Sehingga bertemu lagi. Wallahua'lam.
Begitulah penjelasan teliti oleh Saudara Iqbal. Moga-moga ada sesuatu yang dapat anda ambil di sini. Sehingga bertemu lagi. Wallahua'lam.
4 Kata Berhikmah:
terkadang untuk ikhlas itu sulit.... :(
artikel yg agak menyentuh hati kerana agak pyh untuk mendapatkn keikhlasan walaupun tlh dicuba.
jelly gamat.
kita sama-sama cuba ye. =)
Azekzk,
cuba dan cuba lagi..yakin dengan Dia.. =)
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنَّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلَّ امْرِىٍٔ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتهُ إِلَى مَاهَاجَرَ إِلَيْهِ. رواه البخاري :٦٥٥٣ ، مسلم : ١٩٠٧
Post a Comment