You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Sunday, 19 February 2012

Lebah Pun Berselawat. Anda?

Assalamualaikum w.b.t.
Cuti pertengahan semester di PTSS. Sudah pasti ramai yang mengambil peluang ini untuk merehat-rehatkan diri dari kepenatan belajar. Betul? Sementara berehat-rehat di rumah, jangan sesekali meninggalkan segala amalan kebiasaan ketika di Poli yer.

Sedikit perkongsian untuk hari ini. Mudah-mudahan anda mendapat sesuatu di sebalik kisah ini. =)


Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w bersama Imam Ali a.s. duduk di hutan kecil, tiba-tiba datang seekor lebah dan hinggap di leher Imam Ali a.s, Rasulullah saw berkata kepada Imam Ali bahawa sebenarnya lebah ini hendak menjamu kita, kemudian lebah ini berkata pada Rasulullah saw bahawa ada sedikit madu di suatu tempat dan suruhlah Amirul Mukminin pergi ke sana untuk mengambil madu tersebut.

Kemudian Imam Ali a.s pergi untuk mengambil madu tersebut dan membawanya kehadapan Rasulullah, kemudian Rasulullah bertanya pada lebah tersebut:
"Makanan yang kau makan adalah sari bunga yang pahit, apakah penyebabnya ketika sari bunga itu masuk dalam tubuhmu dapat menjadi manis?".
Lalu lebah (Honey Bee) itu menjawab:

"Itu semua berkat wujudmu wahai Rasulullah, sebab setiap sari bunga yang masuk ke dalam tubuh kami, Allah mengilhamkan pada kami untuk berselawat padamu, oleh kerana itu sari tersebut menjadi manis dalam tubuh kami".


Walaupun pendek kisahnya, tetapi diharap dapat menyedarkan diri penulis dan juga anda supaya lebih peka akan kepentingan berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w.

Pesanan penulis,
Hari-hari adalah Maulidur Rasul jika Rasulullah s.a.w. ada sentiasa di dalam hati nurani kita ini. Isha-Allah. =)

Sumber : Sini

0 Kata Berhikmah:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP