Adab Sebelum Tidur Sunnah Rasulullah
Assalamualaikum w.b.t.
Salam ceria dari penulis untuk anda semua. Moga kita berada dalam kalangan orang-orang yang mendapat naungan daripada-Nya. Takbir! Memandangkan hari ini adalah hari cuti bagi negeri kita, jadi penulis mempunyai sedikit kesempatan di situ untuk sama-sama menghidupkan dan 'refresh' minda dengan kalam-kalam suci yang sedikit sebanyak dapat membuka ruang dan peluang untuk minda kita berputar. Tidak terhenti. Otak yang ligat berfikir, insya-Allah tidak akan 'mati'.
Penulis ingin menyentuh perihal kehidupan seharian kita. Dari awal bangun sehinggalah nak tidur, pernahkah memuhasabah diri akan segala apa yang dilakukan dalam tempoh itu? Pernah? Jika pernah, alhamdulillah dan tahniah penulis ucapkan. Sekiranya tidak pernah atau jarang-jarang, inilah saatnya untuk kita baiki diri. Betul? Ianya sangat mudah. Pernah tak terfikir akan soalan cepu mas ini?
"Andai aku meninggal ketika tidur, macam mana aku nak berhadapan dengan kubur yang gelap esoknya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkan aku bertaubat kepada-Nya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, mampukah aku mengangkat muka di hadapan-Nya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku buang semua gambar di facebook?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memohon maaf kepada semua sahabatku?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memaafkan mereka yang aku kasari?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku solat taubat?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, adakah Al-Quran akan menjadi penemanku dalam kegelapan?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku untuk merasai nikmat 'kecerahan' dunia?"
Pernah tak terlintas dalam fikiran soalan-soalan sebegini? Penulis merasakan bahangnya tatkala soalan-soalan ini terungkap di minda. Allahuakbar! Mampukah untuk menghadapi semua ini? Mampukah wahai sahabat-sahabat seperjuangan? Subhanallah.. Tak dapat dibayangkan... Subhanallah...
Oleh itu, marilah sama-sama kita ingatkan diri. Ingatkan diri agar sentiasa memikirkan dosa-dosa lalu untuk dilupuskan dan fikirkan amalan-amalan baru untuk dipraktikkan. Agar kita tak menyesal. Allahuakbar!
Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan sebelum tidur mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Penulis adalah manusia biasa. Banyak juga salahnya. Anda juga sahabat penulis. Oleh itu, tiada salahnya untuk kita saling ingat-mengingati. Biarpun cetek ilmu ini, namun tetap ada nilainya di sisi Yang Maha Esa. Allahuakbar!
1. Bersuci (berwudhu' dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat (tahajjud dsb) di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat. Tangan kanan letakkan di pipi.
8. Membaca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, An-Nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu seperti mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
AlhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.
Sama-samalah kita laksanakan yang mampu. Jika tak mampu nak buat semua, PASTIKAN jangan tinggalkan semua. Allahuakbar! Cukuplah dahulu perkongsian untuk penulis kongsikan di hari cuti ini. Bertemu lagi di minggu hadapan. Insya-Allah. Assalamualaikum.
Ya Allah, ampunilah aku. Ampunilah dia dan mereka. Kuatkan kami dalam mendidik diri kami sendiri. Saya teringat suatu doa dari Abu Bakr RA yang dipetik daripada kitab Hadits Thultha’ ( Bicara Hari Selasa) yang bermaksud :
“ Ya Rabbku, Kau lebih mengetahui tentang diriku dariku sendiri. Dan aku mengetahui akan diriku lebih dari apa yang manusia tahu. Ya Rabbku, jadilah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka. Ampunilah aku dalam hal yang mereka tidak tahu, Jangan Kau hukum aku dengan apa yang mereka kata.”
(Petikan dari blog BroHamzah)
0 Kata Berhikmah:
Post a Comment