Hebatnya Imam Yang Faham Ini!
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Penulis kembali lagi hari ini dengan sedikit coretan. Coretan yang diharapkan dapat memberikan sedikit 'tambahan' ilmu kepada anda yang tidak jemu-jemu hadir ke sini. Syukran kathiro. Walaupun penulis masih baru di sini, penulis akan cuba memberikan yang terbaik sebagai author di sini. Insya-Allah, dengan bantuan daripada Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui, penulis dapat bersama-sama berkongsi di sini.
Merenungi semula tajuk yang dititipkan di atas. Siapakah imam yang dimaksudkan itu? Untuk pengetahuan anda, ianya adalah kisah Imam Masjidil Haram yang telah datang ke Malaysia pada suatu ketika dulu. Kisahnya bermula begini.
Imam Masjidil Haram ini datang ke Malaysia atas urusannya sendiri. Lalu, beliau dijemput untuk mengimami solat berjemaah di Masjid di Malaysia ini. Untuk pengetahuan anda, Imam Masjidil Haram ini, ketika berada di Masjidil Haram, kaedah bacaannya tidak sama dengan cara masyarakat di Malaysia. Ketika beliau berada di Masjidil Haram, kaedah yang dilakukan oleh beliau adalah selepas Takbiratul Ihram, beliau akan diam sejenak. Setelah itu, beliau terus membaca surah Al-Fatihah tanpa membaca Basmalah. Namun begitu, apabila beliau mengimami solat berjemaah di Malaysia, setelah mengangkat Takbiratul Ihram, beliau membaca Basmalah dengan kuat disusuli dengan surah Al-Fatihah. Subhanallah!Tidak cukup di situ, setelah memberi salam ke kanan dan kiri, beliau terus berpusing ke belakang dan menyerahkan mikrofonnya kepada makmum di belakang. Makmum di belakang tersentak.
"Kenapa berikan mikrofon itu kepadanya?"
Musykil seketika.
Lalu, Imam Masjidil Haram ini mengatakan,
"Bukankah di tempat kamu ini, selepas sahaja memberikan salam, kamu akan berzikir dan berdoa kepada Allah? Jadi, laksanakannya."
Inilah tanda orang yang menghormati pandangan setiap mazhab. Walaupun di tempatnya itu tidak dilakukan zikir seperti di Malaysia, tetapi beliau menghormati amalan kebaikan yang umat Islam di Malaysia lakukan. Hebat mereka yang memahami akan ilmu Allah Taala ini.
Mereka menghormati, dan tidak berbalah sesama sendiri. Mereka mengambil berat akan amalan yang dilakukan sesuatu umat walaupun tidak ada di tempat mereka. Ini tidak bermaksud anda bebas untuk melakukan apa-apa sahaja perkara yang haram dilakukan mahupun perkara yang ditegah. Jangan sesekali menafsir dengan istilah yang salah ayat ini. =)
Begitulah sedikit perkongsian yang dapat penulis sampaikan pada hari ini. Mudah-mudahan segala-galanya akan mudah bagi diri penulis dan juga diri anda di luar sana. Untuk pengetahuan anda, penulis mendapatkan kisah ini daripada majlis ilmu yang penulis hadiri. Wallahua'lam.
Pesanan Penulis,
"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu menghukum (hakim) dan harta terhukum"
8 Kata Berhikmah:
Assalamualaikum,
ziarah pertama kali ke sini..
entri yang bagus dengan makna yang tidak tersirat bagi saya..alhamdulillah saya memahaminya..
adakah yg penulis maksudkan imam as-sudais? :)
sebenarnya basmallah di Saud adalah secara sirr (perlahan) dan pendapat itu lah yang rajih. Di malaysia dan nusantara (as-syafieyyah) mereka berpegang kepada lafaz jahr (menguatkan) basmallah..
saya sendiri sirrkanya dan jahr ketika menjadi imam bergantung kepada keadaan makmum atau jamaah terhadap kefahaman sunnah @ hadith..
sedikit perkongsian bersama :
Pendapat pertama: Mazhab Maliki melarang membaca basmalah di dalam solat fardhu, tidak kira samada secara jahar mahupun sirr, samada pada surah Al-Fatihah mahupun surah-surah yang lain. Tetapi mereka membenarkan basmalah dibaca dalam solat-solat sunat seperti Tarawih dan sebagainya.
Pendapat kedua: Abu Hanifah menyatakan bahawa basmalah dibaca secara sirr dalam setiap rakaat solat.
Pendapat ketiga: As-Syafi’ie mewajibkan bacaan basmalah bagi permulaan Al-Fatihah. Ia dibaca secara jahar bagi solat yang jahar dan dibaca secara sirr bagi solat yang sirr. Jika ditinggalkan, solat itu perlu diulangi.
Pendapat keempat: Ahmad Bin Hanbal menyatakan basmalah dibacakan secara sirr dan tidak disunatkan untuk dibaca secara jahar.
Pendapat kelima: Towus menyatakan basmalah dibaca hanya pada Al-Fatihah tapi tidak pada surah-surah yang lain.
Pendapat pertama: Bagi ulama yang menganggapnya bukan ayat Al-Quran, basmalah tidak dijaharkan.
Hadith Nu’aim Al-Mujmir, katanya:
صَلَّيْتُ وَرَاءَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَرَأَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ثُمَّ قَرَأَ بِأُمِّ الْقُرْآنِ حَتَّى إِذَا بَلَغَ{ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } فَقَالَ آمِينَ فَقَالَ النَّاسُ آمِينَ وَيَقُولُ كُلَّمَا سَجَدَ اللَّهُ أَكْبَرُ وَإِذَا قَامَ مِنْ الْجُلُوسِ فِي الِاثْنَتَيْنِ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ وَإِذَا سَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لَأَشْبَهُكُمْ صَلَاةً بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Terjemahan: “Aku telah solat di belakang (menjadi makmum) Abu Hurairah r.a, lalu beliau membaca (بسم الله الرحمن الرحيم) kemudian beliau membaca Ummul Quran hinggalah beliau sampai pada (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ) beliau berkata: (آمِينَ) dan orang ramaipun menyebut (آمِينَ), dan apabila sujud menyebut (اللَّهُ أَكْبَرُ) dan apabila bangun dari duduk rakaat kedua (اللَّهُ أَكْبَرُ), dan sebaik selesai memberi salam, beliau berkata: “dan demi Tuhan yang jiwaku ditangan-Nya, sesungguhnya aku adalah yang paling menyerupai solat Rasulullah S.A.W”.(Hadith riwayatAn-Nasa’ie. Kata Al-Albani: isnadnya dha’if).
Pendapat kedua: Bagi para ulama yang menganggap basmalah sebagai ayat pertama bagi surah-surah termasuk Al-Fatihah, mereka terbahagi dua.
Hadith Anas Bin Malik r.a:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم،
Terjemahan: “Bahawasanya Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan
(الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ).(Muttafaqun ‘alaihi)
Hadith ini ditafsirkan oleh beberapa hadith lain, iaitu:
ii. Kata Anas r.a:
صَلَّيْتُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ , فَلَمْ أَسْمَعْ أَحَدًا مِنْهُمْ يَقْرَأُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Terjemahan: “Aku solat bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka aku tidak mendengar seorangpun daripada mereka yang membaca (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ )
(Hadith riwayat Al-Bukhari)
iii. Kata Anas r.a:
صَلَّيْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَكَانُوا يَسْتَفْتِحُونَ بِ ” الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ “, لا يَذْكُرُونَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فِي أَوَّلِ قِرَاءَةٍ وَلا فِي آخِرِهَا
Terjemahan: “Aku solat di belakang Nabi SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka mereka memulakan solat dengan (الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ). Mereka tidak membaca (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ) di awal bacaan mahupun di akhirnya.”(Hadith riwayat Muslim).
iv. Kata Anas r.a:
صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَلْفَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَكَانُوا لَا يَجْهَرُونَ بْ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Terjemahan: “Aku solat di belakang Nabi SAW dan di belakang Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka mereka tidak menjaharkan (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ).(Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’ie dan Ibn Khuzaimah).Dalam riwayat lain di sisi Ibn Khuzaimah:
كَانُوا يُسِرُّونَ
wallahua'lam
thx 4 sharing..tak sia-sia blogwalking harini ^_^
Waalaikumussalam.
Itulah yang dimaksudkan ...Imam As-Sudais. =)
Perkongsian yang sangat jelas dan teliti. Syukran Ad-Dien. Makin faham akan isinya...
Athirah Rosli.
ur welcome. =) alhamdulillah jika begitu....
La baksa- sekadar berkongsi untuk manfaat kita semua, :)
Alhamdulillah, sekadar berkongsi untuk manfaat kita semua,
hebat, hebat, hebat (:
Post a Comment