You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Monday, 2 January 2012

Sudahkan Anda Membina Azam?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar iman? Apa khabar jasad? 

Mudah-mudahan segalanya berada dalam keadaan yang baik-baik belaka hendaknya. Insya-Allah. Sekali lagi penulis memohon seribu kemaafan lantaran kesibukan yang melanda. =)


Pejam celik, pejam celik. Dah 2 Januari rupanya. Terlalu banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun 2011 yang lalu. Hari ini jua telah mencapai 8 Safar. Sudah 2 bulan berlalu rupanya. Terlalu cepat masa itu berlalu. Tanpa kita sedari. Tanpa kita mengerti. Persoalannya. Adakah kita mengambil iktibar akan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun 2011 yang baru sahaja 2 hari berlalu itu? Penulis tidak berniat untuk bercerita akan halal haram sambutan Tahun Baru yang dibangga-banggakan, tetapi penulis ingin mengajak anda berfikir seketika. Berfikir dan muhasabah diri. Mari kita renungkan sejenak ayat-ayat di dalam surah Al-Asr ini. 

1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

Pendek sahaja. Tetapi mempunyai 1001 makna. 

Firman Allah yang tidak dapat kita nafikan walaupun sedikit. Pasti anda sudah memahami akan isi kandungan surah Al-Asr ini bukan? Dibaca kala selesainya sesuatu majlis, kuliah-kuliah, ceramah, usrah dan sebagainya. Namun, berapa ramai yang mengambil iktibar darinya? Fikir-fikirkan sejenak. 


Barangkali masih bermain-main di fikiran anda. Perjalanan hidup masih jauh. Sebagai seorang pelajar. Sebagai seorang pekerja. Sebagai seorang suami. Sebagai seorang isteri. Sebagai seorang ayah. Sebagai seorang ibu. Sebagai seorang anak. Dan yang paling utama adalah tanggungjawab yang dipegang sebagai seorang khalifah. 

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda sebagai peringatan:

"Hendaklah kamu menjadikan dunia ini sebagai tempat tumpang lalu sahaja"

Kembali kepada topik santai penulis hari ini. 

Azam. 
!
!
!
!
!
Azam. 
!
!
!
!
!
Azam.


Menjengah sahaja ke tahun baru, pastinya ramai yang mula memasang azam baru. Azam itu. Azam ini. Betul?

Anda sudah membina azam?
Anda sudah merancang azam? 

Anda sudah re-new azam? 

Azam yang lepas sudah terlaksana? 

Ataupun ada azam anda yang masih tidak dapat dicapai?

Penulis suka untuk bertanya soalan-soalan yang boleh membuatkan otak penulis dan anda berfikir supaya ianya aktif. Tidak membeku dengan tugasan seharian. Apabila sel-sel otak aktif, maka otak akan menjadi sihat. 


Penulis mempunyai beberapa azam tahun lalu yang gagal untuk dilaksanakan lantaran kelemahan diri. Tidak perlulah penulis catatkannya di sini. Cukuplah sekadar berkongsi apa yang perlu. =) Banyak lagi yang perlu dibaiki oleh penulis. Namun begitu, ianya bukanlah suat alasan untuk penulis dan anda membiarkan sahaja diri terkontang-kanting dengan hidup yang tiada arah tujuan. Kegagalan itulah yang mengajar kita menjadi lebih kuat. Penulis akan cuba sedaya-upaya untuk menunaikan azam penulis itu. Insya-Allah, Allah s.w.t. pasti membantu hamba-hamba-Nya yang ingin berubah ke arah yang lebih baik. Bukankah Allah s.w.t. sendiri telah menyatakan bahawa :

"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

(Surah Ar-Ra'd : 11)

Bagi anda yang berjaya menunaikan azam anda, TAHNIAH daripada penulis. Insya-Allah setiap pengorbanan pasti ada ganjaran yang besar daripada Allah. Penulis juga mempunyai kelemahan sendiri. Tetapi, itu bukanlah penghalang kepada anda dan penulis untuk memberikan 1001 alasan. 


Pesanan Penulis,

Buat anda yang bakal menduduki peperiksaan, 
SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PERANG.

Buat anda yang masih di awal semester,
BELAJAR DARI AWAL DAN MAINTAIN.

Buat anda yang bekerja,
LAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN IKHLAS.

Buat anda yang bakal membina baitul muslim,
SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAH TANGGA.

Buat anda yang sedang dalam proses perubahan,
PENULIS MENDOAKAN ANDA BERJAYA DAN DILINDUNGI OLEH-NYA DARI GODAAN LUAR.


Terlalu lama sangat penulis menghilang, jadi, banyaklah ucapannya. =) Sehingga bertemu lagi kelak di lain masa. Wallahua'lam.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP