Puasa Sunat Hari 'Asyura Esok.Jom!
Assalamualaikum w.b.t.
Kaifahalukum? Penulis mengharapkan agar kesihatan anda semua baik-baik sahaja yer.
Terdetik di hati penulis untuk mengingatkan anda semua termasuk diri penulis ini untuk bersama-sama melakukan ibadah sunat esok hari iaitu berpuasa sunat Hari 'Asyura. Jangan lupa yer untuk niat malam ni. Penulis risau, takut-takut terlupa lagi untuk pesan. =)
Penulis kongsikan sedikit kelebihan jika anda berpuasa pada Hari 'Asyura. Antaranya seperti yang diriwayatkan dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. :
“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab:
"Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu".
(Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Di samping itu, terdapat juga puasa hari Tasu'a yang bermaksud berpuasa pada hari kesembilan dalam bulan Muharram iaitu pada hari ini. Penulis hampir-hampir terlupa sebab tiada yang mengingatkan. Manusia. Insya-Allah hari esok takkan lupa yer. =) Selamat beramal. Berpandukan kepada hadis junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. :
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya):
“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
"Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9".
Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.”
(Riwayat Imam Muslim)
0 Kata Berhikmah:
Post a Comment