You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Tuesday 9 April 2013

Tips Belajar : TANYA dan JAWAB

Assalamualaikum semua. 
Hajat di hati ingin berkongsi. 
Mungkin panjang sedikit. 
Tapi demi untuk membuatkan antum/antunna faham, ana gagahkan diri. InsyaAllah. 

Memandangkan antum/antunna akan menghadapi final tidak lama lagi, jadi dengan sukacitanya ana ingin share satu ilmu yang mungkin boleh kita sama-sama gunakan. Ia bukan sahaja boleh digunakan dalam sebarang kuiz/test/exam sahaja, malah dalam kehidupan seharian kita ni pun boleh guna formula/kaedah ni. 

Berbalik kepada perkongsian tadi. Apa formula tu?
Ianya adalah :

TANYA DAN JAWAB!

Maksudnya?? 
Mudahnya begini. 
Bila mana kita diajukan dengan soalan, maka kita akan mula berfikir? Betul? 
Jadi, aplikasikan kaedah TANYA DAN JAWAB dalam kuiz/test/exam dsb. 


Ana berikan contoh mudah : 

Semasa dalam pertemuan baru-baru ini, Akhi Sahrul ada bertanyakan soalan. 
Soalan yang diajukan lebih kurang begini. 
“Siapa tahu maksud sirr dan wahaza?” 

Majoriti dari kalangan ahli semua diam. 
Mula mencari-cari jawapan. 
Apakah itu sirr dan wahaza? 
Jadi, Akhi Sahrul pun mula memberikan jawapan. 
Jawapannya adalah RAHSIA dan BERWASPADA. 

“Oh..baru tahu maksudnya..” 
“Sirr tu rahsia..wahaza tu maksudnya?” 
“Rupanya itulah maksudnya…” 
“Baru ku tahu…” 


Antum sedar sesuatu di sini? Apabila diajukan soalan, barulah otak kita akan mula berfikir. 
Berfikir, berfikir, dan terus berfikir. 
Berfikir untuk mencari jawapan. 

Jadi, cara untuk aplikasikannya adalah dengan MULA BERTANYA SOALAN PADA DIRI SENDIRI

Setelah itu, otak kita akan mula ligat utk mencari jawapan. 
Jika terasa kemalasan melanda, antum boleh bayangkan begini. 
Bagaimana jika nanti ada orang bertanyakan pada diri kita? 

Soalan-soalan cepu mas yg kita rasa ‘mudah’ sedangkan kadangkala ‘lupa’. 

“Akak, apa maksud zina?” 
“Akhi, bagaimana yang dikatakan aurat tu?” 
“Akak, rukun solat tu apa?” 
“Akhi, boleh terangkan rukun wuduk?” 
“Ukhti, mad wajib tu apa?” 
“Akhi, mad lin tu macam mana?” 
“Ukhti, tanda mad tu macam mana bentuknya?” 
“Akhi, bacaan qunut yang betul tu macam mana?” 

Usai ditanya, otak akan mula berfikir. Betul? 



Ana akan berikan contoh persoalan melalui skop masing-masing : 

Apa maksud saham? 
Microcontroller tu apa eh? 
Fiber optic system tu apa? 
2 types of light sources used in fiber optic system? 
Zakat tu apa? 
Islam tu apa? 
Baitulmal tu apa? 
Elektrik tu apa? 
Tamadun Islam tu apa? 
Asnaf tu apa? 
Apa komponen yang ada pada diode dan cathode? 
Bentuk diode tu macam mana? 
Apa maksud takaful? 
Apa kelebihan takaful? 
‘Avalanche Photodiode’ tu apa sebenarnya? 
‘Positive intrinsic negative diode’ tu apa? 

Dari sisi yang lain seperti urusan harian, kita pun boleh aplikasikan kaedah ini. 

Contohnya adalah : 
Tanya diri sendiri, atau anggaplah ada orang akan bertanya kita soalan-soalan sebegini. 
Jadi, kita pasti akan cuba cari jawapan. Biar otak kita sentiasa ligat berfikir. 
Apabila dilatih, maka sel-sel otak akan sentiasa berhubung. 


Soalan-soalan yang patut kita ketahui jawapannya : 

Sirr tu apa? 
Apa yang terjadi di Lahad Datu sekarang? 
Apa yang terjadi di Syria, Gaza? 
Kenapa peperangan di Syria lebih teruk dari di Gaza? 
Siapa 10 orang sahabat yang dijamin Syurga? 
Apa sejarah setiap seorang sahabat tersebut? 
Siapa Uwaiys Al-Qarni? 
Siapa Khalid Al-Walid? 
Apa sunnah-sunnah Rasulullah? 
Warna apa yg disukai Rasulullah? 
Ihsan tu apa? 
Mad wajib tu apa? 
Mad jaiz tu apa? 
Mad ‘aridh lii sukun tu apa? 
Siapa yang bunuh Saidina Umar? 
Panjang harkat mad wajib dan mad jaiz berapa? 
Makhraj huruf tu apa? (sila alert tentang ini) 
Berapa muka surat Al-Quran yang sebenarnya? 
Syiah tu apa? 
Wahabi tu apa? 
Ahlus Sunnah Wal Jamaah tu apa? 
Surah As-Saff membincangkan tentang apa? 
Kisah hidup Nabi manakah yang diceritakan dalam Al-Quran sejak beliau kecil hingga dewasa? 
Surah manakah yang tidak bermula dengan Bismillah? 
Qalqalah tu apa? 
Huruf qalqalah ada berapa? 
Bagaimana sebutan huruf qalqalah? 
Bagaimana sebutan huruf lam, nun dan ro? (berkaitan makhraj huruf) 
Bagaimana cara sebutan huruf ba/ta/tha/dhal/dhod dsb? 
Adakah cara bacaan kita betul selama ini? 
Apa beza mim ada sukun dan mim tak ada sukun? 
Apakah huruf idgham ma’al ghunnah? 
Apakah huruf idgham bila ghunnah? 
Ghunnah tu apa? 
Apakah huruf izhar? 
Di manakah tempat makhraj huruf bg izhar? 
Asy-syafatain tu apa? 
Apa maksud surah Al-Waqi’ah? 
Kenapa digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi setiap jumaat? 
Kenapa digalakkan memakai serban? 
Makanan apa yang disukai Rasulullah? 
Siapakah sahabat yang dipinggirkan kerana melarikan diri dari perang? 
Apa yg disampaikan dalam Diskusi baru-baru ni? 
Apa antara ayat yang diingatkan oleh Akhi Sahrul mengenai pemimpin tempoh hari? 
Masihkah antum ingat? 


Antum boleh fahami apa yg ana ingin sampaikan? 
Diharapnya boleh faham naa. 
InsyaAllah yang baik tu silakan untuk amalkan. 
Yang tak baik tu sila lempar jauh-jauh dari sini. 
InsyaAllah. Tengok dan tanya pada diri sendiri soalan di atas. 
Kemudian, usai dapat jawapan, antum tanya lagi sekali. 
Jika antum berjaya menjawabnya, alhamdulillah. Tahniah! 

Formula/kaedah ini, sesiapa pun boleh guna. 
Hatta di peringkat pembelajaran mahupun di mana-mana bidang. 
Salah satu sebabnya adalah untuk melatih otak kita untuk berfikir. 
Tidak hanya terhenti pada satu-satu perkara. 

Ana tinggalkan soalan-soalan di atas yang mana mungkin boleh melatih minda antum untuk berfikir. 
Antum amatlah dialu-alukan untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan di atas. 
Jangan malas-malas. Kena rajin. WAJIB! Kalu tak check sendiri, susah nak masuk dalam kepala. 
Lepas dapat jawapan, tanya lagi sekali pada diri. Kemudian jawab sampai ingat. 


Mudah-mudahan kita akan lebih meng’expert’kan diri kita. 
Bukan untuk orang lain. 
Tapi untuk diri kita sendiri. 
Nanti ada masa, ana akan share lagi. InsyaAllah. 

p/s : Tipsnya, cuba tanya soalan-soalan tersebut pada diri antum sekarang. Boleh jawab? Jika boleh, bermakna antum sudah berjaya memahami jawapan tersebut. Jika antum masih berfikir akan jawapan dari persoalan di atas, itu bermakna antum masih belum memahami dengan sebaik-baiknya. Jadi, inilah masanya utk bersegera mencari jawapan! Manfaatkan masa yang ada. Jangan nanti dalam exam baru rasa susahnya nak jawab dan menyesal sebab tak study betul-betul. Jika tidak, anggaplah orang lain akan tanya pada kita mengenai soalan-soalan tersebut. Sharing is caring. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua.

Saturday 30 March 2013

Takabbur


Takabbur bermaksud merasa diri paling mulia . Dari segi istilah bermaksud, menetapkan sesuatu pada dirinya dengan segala sifat yang baik dan luhur karena memiliki harta yang banyak atau ilmu yang tinggi. Dari pengertian diatas, takabbur dapat merasa atau menganggap diri besar dan tinggi yang disebabkan oleh kebaikan atau kesempurnaan pada dirinya, baik berupa harta, ilmu atau lain-lain.



Kesan Takabbur

Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur
Firman-Nya yang bermaksud: 
"Aku akan memalingkan hati orang yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar, daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku).
Surah al-A'raf 7: 146


Tidak disukai Allah
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya dia tidak suka kepada orang yang sombong takabbur."
Surah al-Nahl 16: 23


Terhalang daripada masuk syurga
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat takabbur.
 HR Muslim


Idaman neraka Jahanam
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Neraka berkata,'Aku diberi hak untuk mengutamakan orang yang takabbur.
HR Bukhari, Muslim & Tirmidzi


Terjerumus dalam maksiat

Nafsu lebih ringan melakukan maksiat kerana takabbur. Adam dikeluarkan dari syurga akibat melanggar perintah Allah kerana menurut nafsu (bukannya takabbur) dan kemudian diampuni Allah. Namun Iblis pula dimurkai Allah dan dikeluarkan dari syurga kerana bongkak dan takabbur dan dilaknat hingga kiamat.



Allah tidak akan memandang kepadanya
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiga (golongan) yang mana Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat kelak dan tidak disucikan Allah iaitu orang tua yang berzina, raja yang menipu dan fakir yang sombong." 
HR al-Baihaqi


# nauzubillahi min zalik

Risalah Jumaat, 17 Jamadil Awal 1434H
Lajnah Usrah & Dakwah, RAPI

Thursday 28 March 2013

Akhlak yang Tinggi

Dalam surah al-Qalam, iaitu antara surah yang paling awal diturunkan di Mekah, dari mula lagi Allah telah menekankan kepentingan kedudukan akhlak yang tinggi. Bahkan, akhlak yang tinggi ini dikaitkan dengan diri peribadi pemimpin dakwah itu sendiri.

Firman Allah:

Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang benar yang tidak putus-putus. Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agung.
(Surah al-Qalam: 3-4)

     Oleh itu kerana besarnya peranan akhlak yang tinggi, maka Rasulullah SAW melaksanakan program pembinaan akhlak yang berterusan dalam kalangan para sahabatnya. Pembinaan akhlak yang luhur ini dilaksanakan melalui contoh-contoh sifat mulia para nabi yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sepanjang perjuangan di Mekah, qudwah hasanah Rasulullah SAW sendiri, tunjuk ajar dan nasihat Rasulullah terhadap para sahabat serta teladan-teladan mulia daripada sebahagian para sahabat itu sendiri.

     Di samping itu, selain daripada bentuk-bentuk yang disebutkan tadi, pembinaan akhlak ini juga melalui sebuah proses yang dinamis. Proses pembinaan ini berlaku apabila para sahabat sendiri mengharungi segala tekanan dan penderitaan dalam jalan dakwah dan kemudian berjaya menghadapinya dan menghasilkan kemantapan iman dan keteguhan saksiah.

     Dalam proses pembinaan ini, pembentukan akhlak para sahabat berkisar di sekitar pembentukan sifat-sifat utama seperti taat, sabar, al-wafa, istiqamah, rahmah dan hazar.

     Sifat taat menjadikan mereka tidak melakukan sebarang tindakan selagi ianya tidak bersumber dari wahyu Allah ataupun perintah Rasulullah SAW.

     Sifat sabar menjadikan mereka berkeupayaan untuk menanggung segala kesulitan semasa berdakwah.

     Sifat wafa menjadikan mereka berpegang kepada segala janji yang mereka berikan, terutama janji setia untuk bersama-sama Rasulullah SAW dalam semua keadaan.

     Istiqamah menjadikan mereka tetap pendirian di atas kebenaran.

     Sifat rahmah menjadikan mereka berusaha untuk menyebarkan hidayah demi kesejahteraan manusia sejagat.

     Sifat hazar menjadikan mereka sentiasa berwaspada agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merosakkan risalah dan perjuangan Islam.



Sumber: Rahsia-Rahsia Besar di Sebalik Sirah Rasulullah SAW

Friday 22 March 2013

Aqidah yang Teguh


Asas utama dalam pembentukan generasi awal Islam ialah aqidah. Ayat-ayat al-Quran turun dengan tema-tema utama di sekitar permasalahan Rububiyah dan Uluhiyah Allah. Surah-surah awal seperti al-Alaq, al-Qalam, at-Takwir dan al-A'la membincangkan berkenaan Rububiyah dan Uluhiyah Allah.

     Sebagai contoh, permulaan surah al-Alaq menerangkan beberapa sifat Rububiyah Allah seperti mencipta manusia daripada segumpal darah, memberi ilmu kepada manusia melalui perantaraan membaca dan menulis serta menanamkan di dalam dada manusia ilmu yang sebelumnya mereka tidak ketahui.

     Dalam ayat-ayat yang berikutnya pula Alah menjelaskan kekuasaan-Nya terhadap makhluk-Nya dan akhirnya menutup surah ini dengan sifat Uluhiyah-Nya:

Sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya, dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah).
(Surah al-Alaq: 19)

Pada bahagian awal surah al-Qalam pula, Allah menggariskan beberapa tindakan yang mesti dilakukan oleh kaum Muslimin dalam menghayati pengertian Uluhiyah Allah. Ayat-ayat pada awal surah ini menunjukkan cara untuk merealisasikan penerimaan terhadap Uluhiyah Allah.

     Langkah pertama ini ialah supaya kaum Muslimin tidak mengikuti kehendak-kehendak golongan musyrikin. Hal ini kerana kepatuhan terhadap kehendak-kehendak mereka akan menjadikan penerimaan mereka terhadap perintah dan hukum Allah berbelah bagi.

     Hakikat utama Uluhiyah Allah ialah tiada sekutu dan persekitaran dalam kuasa mutlak Allah. Dengan yang demikian orang-orang yang benar-benar beriman tidak boleh sama sekali membiarkan dirinya didorong mengikut kehendak-kehendak orang yang mendustakan Allah:

Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
(Surah al-Qalam: 8)

     Kemudian selepas mengasaskan dasar utama hakikat Uluhiyah Allah ini, maka Allah menjelaskan dasar utama hakikat Rububiyah-Nya seperti Allah berkuasa penuh terhadap tanaman subur yang dimiliki oleh pemiliknya.

     Selepas itu sekali lagi Allah menjelaskan sifat-sifat Uluhiyah-Nya dengan mencabar orang-orang yang ingkar sekiranya mereka sanggup mendatangkan sekutu-sekutu mereka bagi mempertahankan hujah mereka.

Firman Allah:

Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka mendatangkan sekutu-sekutunya jika mereka adalah orang-orang yang benar.
(Surah al-Qalam: 41)

     Demikian seterusnya surah-surah awal yang diturunkan di Mekah yang membicarakan permasalahan Rububiyah dan Uluhiyah Allah sehingga para sahabat dirangkumi dengan kefahaman, kesedaran dan suasana Ubudiyah yang sebenarnya. Bahkan sekiranya ayat-ayat al-Quran menggariskan sifat-sifat Rububiyah dan Uluhiyah sebagai asas tauhid terhadap Allah, maka tindakan-tindakan Rasulullah SAW pula adalah penterjemahan kepada cara yang sebenar untuk mentauhidkan Allah.

     Ayat-ayat al-Quran dan tindakan-tindakan Rasulullah SAW itu sendiri adalah sumber utama dalam membina para sahabat agar menjadi anggota-anggota gerakan Islam yang mempunyai aqidah yang kuat.

Allahu'alam .


Sumber: Rahsia-Rahsia Besar di Sebalik Sirah Rasulullah

Friday 15 March 2013

Erti Kelapangan Hidup

Mari lihat diri, apakah kehidupan kita kini semakin lapang ataupun semakin sempit? Apakah saban hari kita merasakan semakin selesa dan gembira dengan apa yang kita lalui, atau sebaliknya semakin rasa terseksa dan tertekan dengan kehidupan seharian?

Kehiduan ini terlalu anjal sifatnya. Seketika kita boleh menarik nafas lega, berasa selesa dan lapang dada, tenang fikiran dan panjang angan-angan. Namun, ada ketikanya kita mungkin berasa sesak nafas, sempit dada, fikiran dibelenggu dengan masalah, dan kabur jalan yang bakal ditempuhi.

Mengapakan keadaan yang sedemikian berlaku? Adakah ia sekadar illusi atau permainan pancaindera? Ataupun adakan kehidupan itu sendiri mempunyai tirai rahsia yang perlu disingkap hijabnya?

Terlalu banyak persoalan yang diajukan. Persoalan yang kita sendiri ragu-ragu dengan jawapannya. Soalnya, jawapanyang sebagaimanakah  yang kita inginkan kepada persoalan tersebut? Apakah dia, erti kelapangan dalam kehidupan?



Cuba kita renungkan doa yang diajarkan kepada kita ketika mengerjakan umrah, ataupun ketika ingin meneguk air zam-zam.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِين

Maksudnya: "Ya Allah, kami memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit."

Indah sungguh doa yang diajarkan kepada kita ini. Seolah-olah terangkum ciri-ciri kelapangan dalam kehidupan itu pada tiga perkara yakni;.
  1. Ilmu yang bermanfaat, 
  2. Rezeki yang luas,
  3. Sembuh daripada segala penyakit.

Tiga perkara ini jika dimiliki seseorang, sudah tentunya ia memberikan satu perasaan kelapangan dalam kehidupan. Betapa hidup ini perlu berpaksikan di atas dasar keilmuan yang bermanfaat. Ilmu akan menjadi penyuluh kehidupan, memimpin kita ke arah kebenaran dan menyelamatkan kita dari jatuh ke jurang yang membinasakan.

Rezeki yang luas juga ialah faktor yan membawa kepada kelapangan hidup, meskipun tidak semestinya. Masih ramai orang yang kaya tetapi tetap berasa sempit dadanya dan sesak kehidupannya kerana hilang ciri-ciri yang pertama (ilmu) dan ketiga (sihat). Namun begitu, jika ada ilmu, rezeki boleh diusahakan apabila ilmu tersebut diaplikasikan dalam kehidupan, insya Allah.

Walau bagaimanapun, ingatlah akan amaran Rasulullah SAW kepada kita, maksudnya: " Hampir-hampir kafakiran itu membawa kepada kekufuran. ". Jadi, rezeki yang luas adalah faktor pelengkap kepada dua faktor lain untuk mendapat kelapangan hidup.

Dan akhirnya, kesihatan adalah nikmat dan harta yang paling berharga untuk mengecap kelapangan hidup. Seorang professor yang hebat tetapi akhirnya terlantar dek sakit kronik, tentu kehilanagan kelapangan dalam hidup. Begitu juga seorang jutawan, sebanyak manapun harta yang dimiliki masih tidak mampu membeli kesihatan yang merupakan anugerah mutlak daripada Allah SWT kepada hambaNya.

Oleh itu bermuhasabahlah. Mari kita menilai dan koreksi diri kita, apakah ilmu yang kita pelajari sesuai dengan kehendak Alah SWT ataupun sekadar menurut nafsu semata-mata? Adakah rezeki yang kita perolehi itu datang dari sumber yang halal? Dan apakah yang kita makan dan kerjakan untuk menjaga kesihatan kita?

Sesungguhnya kelapangan hidup ialah dambaan bagi setiap manusia, Dan sebagai hamba, selayaknya kita pasrah di atas kurniaan Allah SWT kepada kita. Kelapangan hidup ialah kurniaan ALlah SWT kepada kita, jadi sebagai hambaNya, mohonlah dengan setulus-tulusnya, mudah-mudahan kita dikurniakan jalan-jalan kelapangan hidup. Apabila memohon, mohonlah agar dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan sembuh dari segala penyakit. Semoga Allah SWT melapangkan kehidupan kita semua, insya Allah.


Risalah Jumaat, 3 Jamadil Awal 1434H
Lajnah Usrah & Dakwah, RAPI

Saturday 5 January 2013

Bukan tulisan dia, tapi perkongsian seorang hamba.

Firman-Nya dalam surah (Ghafir Al - Mu'min:60); 

“Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”  



Buku Siti Munazakiah. Tajuk Diari Sufi [Click untuk review]

Semoga bermanfaat! Lillahitaala.

[Helaian "Santapan Akal dan "Prakata"]

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu 
(gunung, air, api,angin)?"
Malaikat bertanya lagi."

"Santapan Akal"

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu
gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada"! Jawab Allah. "Iaitu api, yang panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, air, api,angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu,". Kerana sesungguhnya Doa itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi]

"Prakata"

DOA. Satu frasa keramat yang tidak mampu di terjemah akal akan kuasanya. Tidak siapa bisa membajak bajanya, sedangkan hasilnya sedang kita tuai saban waktu.

Para anbia tidak pernah lekang dengan doa.
Para sahabat tidak pernah pincang dengan doa.
Para ulama tidak pernah renggang dengan doa.

Ini terjadi lantaran sifat kebergantungan yang hakiki terhadap Allah Rabbulizzati, tidak sedikit pun mencacatkan diari perjuangan dan kehidupan. Segala sesuatu yang dilalui seakan-akan hampir sempurna walaupun ada kalanya keletihan sangat perit dengan mata duniawi. Lalu, bekalan DOA yang Allah SWT sediakan tidak sezarah pun pernah mereka sia-siakan.

Andai kita bertembung dengan apa juga musibah mahupun bahagia, berdoalah kepada Tuhan yang satu, lalu sematkan percaya dalam sanubari bahawa Allah itu ada dan sedang mendengar keluhan hambaNya tanpa mengira siapa kita. Janji Allah...

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus menerus berdoa."
[Hadis riwayat Al-Auza'i]

Posted by Nadiyah Sadeli =)





  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP