Semak 6 Perkara Yg Allah Sembunyikan Dari Kita
Assalamualaikum w.b.t.
Kaifahalukum? Alhamdulillah bertemu lagi penulis dan anda di ruangan ini. Kembalinya penulis pada hari yang cerah ini untuk sekali lagi berkongsi sedikit bahan cerna minda agar fikiran kita semua akan sentiasa berfikir dan terus berfikir mengenai Allah s.w.t dan penciptaan-Nya. Insya-Allah. =)
Terdapat satu kisah yang mungkin sudah pernah dibaca dan diceritakan oleh para da'ie di luar sana tidak kisah ianya ustaz, sahabat, pendakwah mahupun guru. Tetapi, alangkah manisnya jika penulis mengingatkan sekali lagi akan kisah ini. Mudah-mudahan akan hidup urat saraf kita yang sudah lama membeku dek kekurangan berfikir akan ilmu-ilmu Allah ini. Insya-Allah.
Dikisahkan bahawa:
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud :
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah kita bersama-sama fikirkan dan renungkan akan 6 perkara yang Allah sembunyikan daripada kita, hamba-Nya ini. Perkara itu adalah :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Tambahan * Allah S.WT telah menyembunyikan kematian kita.
Fikir-fikirkan kembali akan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hamba-Nya yang sangat-sangat lemah lagi hina dan dina. Siapalah kita untuk dibandingkan dengan para anbiya'. Untuk melangkaui batasan iman para salafussoleh pun kita masih terumbang-ambing, apatah lagi untuk mencapai tahap keimanan para nabi. Allahuakbar! Lemahnya diri kita. Tetapi tidak mustahil. Allah Maha Menerima segala taubat dan rayuan daripada hamba-Nya yang beriman. Yang mahu berubah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan ahli Syurga Allah. Insya-Allah. Tetapi, perlu disertakan dengan syarat. Bukanlah sekadar berdoa di tikar sejadah sahaja. Haruslah diiringi dengan rasa, hati dan disusuli dengan tindakan.
Muhasabahlah diri setiap kali selepas solat. Fikirkan sejak bangun tidur, apa yang sudah kita lakukan? Apa yang kita amalkan? Apa bekalan kita untuk hari ini dan hari esok?
Fikir-fikirkan dan jangan lupa, BERTINDAK!
Semoga fikiran anda akan terbuka untuk memahami setiap kalam Allah. Wallahua'lam.
Penulis tinggalkan anda dengan kata-kata daripada Saidina Ali:
"Orang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kebaikan dan kejahatan, tetapi dapat mencari kebaikan di antara dua kejahatan"
2 Kata Berhikmah:
thnx (:
p/s: Music nih mmg ngam gle. smpoy
en. shafiQ,
Ur welcome my friend. =)
Post a Comment