Takabbur
Takabbur bermaksud merasa diri paling mulia . Dari segi istilah bermaksud, menetapkan sesuatu pada dirinya dengan segala sifat yang baik dan luhur karena memiliki harta yang banyak atau ilmu yang tinggi. Dari pengertian diatas, takabbur dapat merasa atau menganggap diri besar dan tinggi yang disebabkan oleh kebaikan atau kesempurnaan pada dirinya, baik berupa harta, ilmu atau lain-lain.
Kesan Takabbur
Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur
Firman-Nya yang bermaksud:
"Aku akan memalingkan hati orang yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar, daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku)."
Surah al-A'raf 7: 146
Tidak disukai Allah
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya dia tidak suka kepada orang yang sombong takabbur."
Surah al-Nahl 16: 23
Terhalang daripada masuk syurga
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat takabbur."
HR Muslim
Idaman neraka Jahanam
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Neraka berkata,'Aku diberi hak untuk mengutamakan orang yang takabbur."
HR Bukhari, Muslim & Tirmidzi
Terjerumus dalam maksiat
Nafsu lebih ringan melakukan maksiat kerana takabbur. Adam dikeluarkan dari syurga akibat melanggar perintah Allah kerana menurut nafsu (bukannya takabbur) dan kemudian diampuni Allah. Namun Iblis pula dimurkai Allah dan dikeluarkan dari syurga kerana bongkak dan takabbur dan dilaknat hingga kiamat.
Allah tidak akan memandang kepadanya
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiga (golongan) yang mana Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat kelak dan tidak disucikan Allah iaitu orang tua yang berzina, raja yang menipu dan fakir yang sombong."
HR al-Baihaqi
# nauzubillahi min zalik
Risalah Jumaat, 17 Jamadil Awal 1434H
Lajnah Usrah & Dakwah, RAPI
0 Kata Berhikmah:
Post a Comment