You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Sunday, 27 November 2011

Peristiwa Awal Muharram. Anda Tahu?

Assalamualaikum.

Hari ni pena sudah bertukar.  Giliran penulis lain pula yang berkongsi sesuatu di ruangan ini.  Penulis sempat menerjah internet bagi mencari serba-sedikit maklumat mengenai bulan Muharram bagi rohani penulis di samping menyampaikan kepada sahabat-sahabat pembaca semua.  Baru semalam kita menyambut kedatangan bulan Muharram yang mulia yakni bulan pertama dalam kalendar Islam. 
(=  Salam Maal Hijrah 1433 H  =)
[Image tahun 1432 H]

Waktu ini, amat-amat bersesuaianlah bagi kita semua untuk 'renew' azam kita.  Selain itu, kita juga boleh 're-check' azam kita yang lepas-lepas.  Adakah lebih baik?  Adakah lebih buruk?  Ataupun masih di tahap yang sama?  Sama-sama kita renung-renungkan sejenak.  Cari masa 2 minit setiap kali selepas solat untuk muhasabah diri kita kembali.  Apakah pencapaian yang telah kita lakukan sepanjang 12 bulan yang lepas?  Adakah kita mengubah diri kita sama ada dari segi tingkah laku, pemahaman dalam pembelajaran, membaiki akhlak yang lebih baik dan banyak lagi.  Fikir-fikirkan semula akan sikap yang dibina sejak kecil.  Mampukah kita mempertahankan diri kita dengan ilmu-ilmu yang kita ada?  Ataupun hanya sekadar untuk di'post' di facebook sahaja?  Atau sekadar untuk di'like' oleh orang lain?  Atau sekadar ingin menghidupkan laman sesawang?

Sungguh banyak persoalan yang timbul apabila kita memuhasabah diri kita ini.  Bukan sedikit, tapi tidak terkira banyaknya.  Diri anda, anda lebih mengetahui.


Berbalik kepada Bulan Muharram.  Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.  Bulan yang mempunyai banyak peristiwa yang tersembunyi di dalamnya.  Tetapi, adakah kita mengambil tahu akan peristiwa-peristiwa yang berlaku?

Tepuk dada, tanya iman.


Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan berkah ini yang perlu kita sebagai seorang muslim yang mukmin mengambil tahu akan kewujudannya.  Insya-Allah.  Diharap iman kita akan semakin bertambah. =)


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata : 
Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).  Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. 

Mereka menjawab,
"Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini.
Maka Nabi Muhammad saw bersabda : 
"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu".
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. 

Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah :

1. Barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. 
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan,
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun."
Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau. 
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadith. 

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka." 

Sahabat pun bertanya, 
"Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari."


Jawab Rasulullah, 
"Benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Lauh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.  Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura." 

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.  Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka.


Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu.  Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.  Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. 

Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.  Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.  Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu.  Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.


Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya.  Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 

10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.


Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya : 
"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya". 

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh penulis kongsikan untuk hari ini.  Semoga dengan apa yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak  menyedarkan kita akan kepentingan bulan-bulan Islam.  Wassalam.

Penulis tinggalkan anda dengan kata-kata daripada Iman Hassan al-Basri :

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".

Wednesday, 23 November 2011

Selamat Jalan. Kita Pasti Bertemu Lagi. ^_^


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Memandangkan musim peperiksaan dah nak habis, jadi tibalah musim cuti bagi pelajar PTSS.  Bila direnungkan, segala penat lelah sepanjang belajar selama lebih kurang 5 bulan di sini, pastinya diri akan tersenyum lebar setelah mendapat keputusan peperiksaan yang gempak kan?  Ianya juga bergantung pada diri sendiri.  Sekiranya anda usaha sehabis mungkin, maka keputusan yang terbaiklah yang akan anda dapat.  Sekiranya sikit-sikit sahaja usaha anda, anda lebih lebih tahu keputusan yang bakal diperoleh.  ^_^  Sesudah peperiksaan, pastinya semua berkeinginan besar nak pulang ke kampung.

Mengikut cuaca sekarang ini, keadaan banjir di Kelantan, Terangganu dan Pahang dah banjir teruk.  Jadi, pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan mahupun di kawasan-kawasan ini, berhati-hatilah.  Jangan sampai kita yang jadi mangsa banjir.  Balik-balik je Poli nanti, tup-tup dapat berita buruk.  Seboleh-bolehnya kita nak elakkan perkara-perkara sedemikian.  Insya-Allah.  Berita di tv semalam sudah melaporkan bahawa sudah terdapat 3 mangsa mati lemas yang terdiri daripada kanak-kanak.  Moga-moga kita semua dilindungi tak kira di mana kita berada.


Kepada sahabat-sahabat kita yang akan menjejakkan kaki ke dunia Latihan Industri, jagalah diri anda semua sebaiknya.  Penulis mengingatkan supaya kita tidak akan mudah lupa dengan siapa diri kita yang sebenar.  Insya-Allah.  Bermacam-macam cerita yang kita dengar sewaktu sahabat-sahabat kita pergi Latihan Industri.  Ada yang masih mengekalkan akhlak dan sikap yang baik, ada yang berubah dari baik ke buruk, ada yang menjadi lebih baik dari dulu, menjaga batas pergaulan, menjaga hubungan lelaki dan perempuan, menjaga amalan-amalan seharian yang sememangnya sudah diamalkan sejak di Poli dan pelbagai lagi ceritera yang sedap dan kurang sedap didengar.  SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA SENDIRI.

Seseorang yang menyedari akan hakikat dia diciptakan sebagai seorang hamba yang lemah, 
DIA TIDAK AKAN MELANGGAR PERINTAH ALLAH.

Seseorang yang menyedari hakikat dia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini, 
DIA TIDAK AKAN MENINGGALKAN TANGGUNGJAWABNYA BEGITU SAHAJA.

Seseorang yang menyedari akan hakikat dia diciptakan sebagai seorang mukmin, 
DIA TIDAK AKAN LUPA AKAN KEWAJIPANNYA SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN.


Penulis ingin menggambarkan bahawa situasi sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam Latihan Industri, tidak bermakna segala amalan yang diistiqamah selama ini akan terhenti.  Tidak bermakna kita perlu mengubah diri kita menjadi seseorang yang baru.  Tidak perlu nak berlebih-lebihan dalam pergaulan.  Selagi mana iman masih hidup di dalam hati, selagi itulah Islam akan dijaga sebaiknya.  Percayalah.  Inilah pengalaman penulis yang turut pernah merasai alam Latihan Industri.  Bagi penulis, tiada masalah langsung.

Kita ke sana semata-mata untuk mencari sesuap ilmu, sebanyak mungkin pengalaman baru yang kita tidak dapat ketika di Politeknik dan mengenali akan dunia pekerjaan sebenar.  Sekiranya kita risau, takut terjerumus dengan perubahan-perubahan yang diterima dari luar, maka solusinya adalah dengan MENCARI SAHABAT yang dirasakan boleh dikongsikan segala-galanya sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri kelak.  Alangkah manisnya seandainya muslimin tetap  mencari muslimin dan muslimat mencari sahabat dalam kalangan muslimat.  Insya-Allah berkat bertambah, penyelesaian yang bakal dicari akan lebih mudah didapati.  

Mungkin setakat itu dahulu coretan penulis di permulaan bicara.  Selamat pulang kepada sahabat-sahabat seIslam dan seJamaah.  Renung-renungkan kembali saat-saat manis kita semua ketika di Politeknik.   Kenangan suka dan duka, hanya kita yang alami.  Nasihat penulis sekali lagi, berhati-hatilah dengan ujian-ujian yang bakal mendatang ini.

Penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
(Surah Muhammad : 7)

Sama-sama kita renungkan.  Sehingga bertemu lagi di lain ketika.  Wallahua'lam.

Tuesday, 25 October 2011

Liga Usrah Muslimin


Program liga usrah ini merupakan aktiviti riadah yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli usrah tidak kiralah sama ada dalam kumpulan usrah itu sendiri atau kumpulan yang lain.Kami juga sedang cuba mengumpulkan kembali sahabat-sahabat lama untuk menguatkan ukhwah dan perpaduan ahli rapi. Sukan yang kami pilih ialah bola sepak berkain pelekat. Kami cuba membawa sedilik kelainan dalam sukan untuk menunjukan para pelajar menutup aurat tidak menjadi penghalang dalam bersukan. Aktiviti ini juga akan mendedahkan kepada ahli rapi bahawa islam bukanlah sesuatu perkara yang hanya tertumpu di masjid sahaja. Disamping itu, kami akan membuat sedikit perkongsian didalam permainan tersebut atau di luar permainan itu.Insya Allah.

Ø SETIAP KUMPULAN MESTILAH TIDAK MELEBIHI 6 ORANG (1 SIMPANAN)

Ø SETIAP ORANG DIWAJIBKAN MEMBAWA KAIN PELIKAT

TEMPAT : PADANG BOLA PTSS 
MASA : 8.00AM-12.00AM
TARIKH : 30/10/2011(AHAD)

Syarat-syarat permainan

1. Satu kumpulan mempunyai 5 permain

2. Semua permain mesti memakai seluar yang menutup aurat dan menyarung kain pelikat kain pelikat.

3. Permain perlu menyumbat gol ke dalam gol pihak lawan seperti permainan bola biasa.

4. Masa untuk satu perlawanan adalah 6 min.

Wednesday, 11 May 2011

Jamadil Akhir. Apa Kisah Di Sebaliknya?

Assalamualaikum.

Hari ini kita ini sudah berada di bulan baru iaitu bulan Jamadilakhir 1432H, bulan ke 6 mengikut kalendar Islam.  Jamadilakhir bermakna musim sejuk yang akhir atau musim beku yang penghabisan.  Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir.  Pada ketika itu air yang mulanya beku beransur ansur menjadi cair.

Apakah peristiwa yang berlaku di bulan Jamadilakhir ini?



Lokasi Perang Yarmuk

Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadilakhir tahun ke 13 Hijrah.  Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom Byzantin seramai 240,000 orang.  Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang.  Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.


    Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mukminin Ali bin Abi Talib.  Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas.  Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. 

    Al-Fatihah buat semua para Khalifah dan Syuhada....


    Coretan,

    Seorang Teman

      © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP