Jamadil Akhir. Apa Kisah Di Sebaliknya?
Assalamualaikum.
Hari ini kita ini sudah berada di bulan baru iaitu bulan Jamadilakhir 1432H, bulan ke 6 mengikut kalendar Islam. Jamadilakhir bermakna musim sejuk yang akhir atau musim beku yang penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang mulanya beku beransur ansur menjadi cair.
Apakah peristiwa yang berlaku di bulan Jamadilakhir ini?
Lokasi Perang Yarmuk
Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadilakhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom Byzantin seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.
Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mukminin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib.
Al-Fatihah buat semua para Khalifah dan Syuhada....
Coretan,
Seorang Teman
0 Kata Berhikmah:
Post a Comment