Selamat Jalan. Kita Pasti Bertemu Lagi. ^_^
Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Memandangkan musim peperiksaan dah nak habis, jadi tibalah musim cuti bagi pelajar PTSS. Bila direnungkan, segala penat lelah sepanjang belajar selama lebih kurang 5 bulan di sini, pastinya diri akan tersenyum lebar setelah mendapat keputusan peperiksaan yang gempak kan? Ianya juga bergantung pada diri sendiri. Sekiranya anda usaha sehabis mungkin, maka keputusan yang terbaiklah yang akan anda dapat. Sekiranya sikit-sikit sahaja usaha anda, anda lebih lebih tahu keputusan yang bakal diperoleh. ^_^ Sesudah peperiksaan, pastinya semua berkeinginan besar nak pulang ke kampung.
Mengikut cuaca sekarang ini, keadaan banjir di Kelantan, Terangganu dan Pahang dah banjir teruk. Jadi, pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan mahupun di kawasan-kawasan ini, berhati-hatilah. Jangan sampai kita yang jadi mangsa banjir. Balik-balik je Poli nanti, tup-tup dapat berita buruk. Seboleh-bolehnya kita nak elakkan perkara-perkara sedemikian. Insya-Allah. Berita di tv semalam sudah melaporkan bahawa sudah terdapat 3 mangsa mati lemas yang terdiri daripada kanak-kanak. Moga-moga kita semua dilindungi tak kira di mana kita berada.

Kepada sahabat-sahabat kita yang akan menjejakkan kaki ke dunia Latihan Industri, jagalah diri anda semua sebaiknya. Penulis mengingatkan supaya kita tidak akan mudah lupa dengan siapa diri kita yang sebenar. Insya-Allah. Bermacam-macam cerita yang kita dengar sewaktu sahabat-sahabat kita pergi Latihan Industri. Ada yang masih mengekalkan akhlak dan sikap yang baik, ada yang berubah dari baik ke buruk, ada yang menjadi lebih baik dari dulu, menjaga batas pergaulan, menjaga hubungan lelaki dan perempuan, menjaga amalan-amalan seharian yang sememangnya sudah diamalkan sejak di Poli dan pelbagai lagi ceritera yang sedap dan kurang sedap didengar. SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA SENDIRI.
Seseorang yang menyedari akan hakikat dia diciptakan sebagai seorang hamba yang lemah,
DIA TIDAK AKAN MELANGGAR PERINTAH ALLAH.
Seseorang yang menyedari hakikat dia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini,
DIA TIDAK AKAN MENINGGALKAN TANGGUNGJAWABNYA BEGITU SAHAJA.
Seseorang yang menyedari akan hakikat dia diciptakan sebagai seorang mukmin,
DIA TIDAK AKAN LUPA AKAN KEWAJIPANNYA SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN.
Penulis ingin menggambarkan bahawa situasi sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam Latihan Industri, tidak bermakna segala amalan yang diistiqamah selama ini akan terhenti. Tidak bermakna kita perlu mengubah diri kita menjadi seseorang yang baru. Tidak perlu nak berlebih-lebihan dalam pergaulan. Selagi mana iman masih hidup di dalam hati, selagi itulah Islam akan dijaga sebaiknya. Percayalah. Inilah pengalaman penulis yang turut pernah merasai alam Latihan Industri. Bagi penulis, tiada masalah langsung.
Kita ke sana semata-mata untuk mencari sesuap ilmu, sebanyak mungkin pengalaman baru yang kita tidak dapat ketika di Politeknik dan mengenali akan dunia pekerjaan sebenar. Sekiranya kita risau, takut terjerumus dengan perubahan-perubahan yang diterima dari luar, maka solusinya adalah dengan MENCARI SAHABAT yang dirasakan boleh dikongsikan segala-galanya sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri kelak. Alangkah manisnya seandainya muslimin tetap mencari muslimin dan muslimat mencari sahabat dalam kalangan muslimat. Insya-Allah berkat bertambah, penyelesaian yang bakal dicari akan lebih mudah didapati.

Mungkin setakat itu dahulu coretan penulis di permulaan bicara. Selamat pulang kepada sahabat-sahabat seIslam dan seJamaah. Renung-renungkan kembali saat-saat manis kita semua ketika di Politeknik. Kenangan suka dan duka, hanya kita yang alami. Nasihat penulis sekali lagi, berhati-hatilah dengan ujian-ujian yang bakal mendatang ini.
Penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu firman Allah s.w.t :
"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Surah Muhammad : 7)
Sama-sama kita renungkan. Sehingga bertemu lagi di lain ketika. Wallahua'lam.
1 Kata Berhikmah:
Salam ziarah ke sini.. ^_^
Post a Comment