You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Wednesday, 29 February 2012

Miskin Harta Kaya Jiwa. Yang Mana Satu Kita?

Assalamualaikum w.b.t.
Pagi yang berbahagia....

Mac telah datang. Februari baru berlalu. Januari tinggal kenangan.
Rabi'ul Akhir menjelma lagi. Ditinggalkan oleh Rabi'ul Awwal yang mulia. Safar tinggal mimpi.
Kalam-kalam dibicarakan. Ilmu-ilmu disebarluaskan. Minda-minda menagih santapan.
Di mana kedudukan kita sekarang. Di mana kita melepaskan keluhan. 
Di mana kita menimba secedok harapan. 
Di mana? Di mana? Di mana?

Di hari yang berbahagia ini, suka untuk penulis berkongsi lagi karangan oleh sahabat kita iaitu Saudara Abu Ikhwan. Suatu cerita. Suatu coretan. Suatu pengajaran. Mudah-mudahan masuk ke dalam jiwa. 


Satu cerita...

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya-raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ini?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah."

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya," jawab si anak.

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ini?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,


"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita."


ليس الغنى عن كثرة العرض، ولكن الغنى غنى النفس"Kekayaan bukanlah banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kekayaan hati."
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pesanan Penulis, 
HIDUP YANG PENUH KEKAYAAN, TIDAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI.


2 Kata Berhikmah:

CikTeddyCorner 5 March 2012 at 21:25  

trsentuh dgn kata2 ank tu.. =_=

WuMing 8 March 2012 at 01:39  

Memang pandangan yang berbeza... Melalui sudut yang berbeza...

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP