Dah Cukup Ikhlaskah Anda Menulis?
Assalamualaikum w.b.t.
Sebahagian dari apa yang dinukilkan pernah bermain di minda penulis. Tetapi, kadangkala penulis akui, penulis juga tersasar. Oleh itu, marilah sama-sama kita semak semula matlamat sebenar penulisan kita ini. Penulisan ini adalah daripada seorang blogger tempatan, yang menyedari hakikat sebenar mengapa perlu adanya penulisan ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita juga akan menyedarinya dari terus tersasar dari laluan sebenar yang digariskan oleh-Nya.
Ikhlas bukan pada lafaz tapi pada hati.
Kadang-kadang datang angin bayu membisik lembut pada telinga.Ia seperti suara bisikan hati yang paling dalam.Jua seakan bertanya tentang sesuatu perkara.Kadangkala ia menghantui diri tetapi ada juga terasa seperti satu peringatan.
"Adakah engkau ikhlas dalam nukilan kamu?,atau engkau hanya mengharapkan sesuatu habuan duniawi?
Merenung sejenak mencari kapasitor jawapan yang sebenar.Apa yang aku mahu dalam nukilan aku.Pujian?,kadang-kadang ia datang menggoda tetapi diri cuba memberontak.Sambil melafazkan kata-kata."Aku akan cuba untuk ikhlas.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Ya,setiap perkara yang kita lakukan akan dinilai keikhlasannya oleh Allah S.W.T.Ikhlas itu sukar tetapi ia tidak payah."Pernah terdengar kata-kata tersebut.Tapi bagaimana nak ikhlas sedangkan ia sukar?.
"Berfikir...
Bagi aku untuk ikhlas dalam menulis adalah dengan menghalang perkara-perkara yang boleh menggugat niat dan lakukan perkara yang boleh meneguhkan niat...
Sembunyikan identiti
Bagi aku menyembunyikan identiti adalah satu alternatif untuk menghalang perkara yang boleh menggugat niat.Tapi mem"publish"kan identiti kita bukan bermakna kita tidak ikhlas.Ia bergantung pada individu tersebut bagaimana kuat dia menahan gelodak penyakit hati yang sentiasa mengganggu keikhlasan.Sebab tu aku terpaksa sembunyikan identiti kerana aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati.Tapi jangan sangka aku nie "lack of confidence" pulak.Kahkahkah...
Tiada iklan pada blog
Dulu,masa baru-baru buat blog aku ada jugak pasang iklan.Selepas tu,aku berfikir niat asal aku untuk menulis.Kau nak dapat "earning" ker?,atau kau betul-betul ikhlas untuk menulis.So,aku buang iklan pada blog.Tapi aku tak kata blogger yang ada iklan pada blog tu tak ikhlas.Macam aku kata tadi,aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati.Alternatifnya adalah tiada iklan pada blog aku.So,terhalanglah diri ini untuk menulis entri semata-mata nak tingkatkan trafik dan "cash out" pendapatan dari iklan."Mungkin...
Mengawal objektif
Sentiasa kawal objektif atau tujuan asal kita untuk ber"blogging".Kalau tergelincir dari landasan cepat-cepat naik dan pacu dengan berhati-hati supaya "maintain" dalam penulisan.Tersilap pacu kita bakal binasa.
Entri berfaedah
Sentiasa menulis entri yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang lain terutamanya pengunjung-pengunjung blog.Contohnya,nasihat-nasihat agama.Tidak semestinya membina sebuah blog berunsur keagamaan untuk menasihat.Tapi sekadar menyampaikan apa yang kita tahu dan perkara tersebut memberi faedah kepada orang yang membaca.Apa yang disampaikan akan balik kepada kita semula.Apa yang dinasihatkan kepada orang lain adalah cerminan nasihat bagi diri sendiri.Setiap perkara yang dilakukan untuk kebaikan orang lain akan dipermudahkah oleh Allah S.W.T.Disitulah titik-tolak keikhlasan bakal terbit.InsyaAllah.Tolong bagitau kalau ada entri aku yang tak berfaedah dan merapu.Akan diperbaiki.InsyaAllah.Hehe...
Doa
Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dikurniakan keikhlasan dalam berkarya dan sentiasa istiqomah dalam apa yang ditulis.
So,semua yang ditulis adalah pendapat aku semata-mata dan menjadi rujukan untuk diri sendiri.Tiada kena mengena dengan yang hidup,pengsan,ataupun yang telah meninggal dunia.Doakan aku sentiasa istiqomah dalam penulisan dan tegur aku kita jika aku tergelincir.
Pesanan Penulis :
Doakanlah agar penulis juga istiqamah dengan jalan ini... =)
0 Kata Berhikmah:
Post a Comment