You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Wednesday, 14 March 2012

Serba Sedikit Mengenai Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum w.b.t. 
Sekian lama blog ini tidak diupdate. Penulis menantikan sesuatu. Sesuatu yang memberi sirna. Mungkin kerana masih belum ada. Penulis sentiasa menantikannya. Di manakah ia?

Ustaz Azhar Idrus membawa satu fenomena pada tahun 2011. Kehadirannya disenangi, malah memberikan kesedaran dan kenikmatan dalam menuntut ilmu. Kuliah bukanlah suatu majlis ilmu yang bosan, tetapi penuh dengan perkongsian. Kenal dengan beliau? Untuk mengenali dengan lebih rapat siapakah sebenarnya ustaz ini, silalah teruskan pembacaan di sini. Mudah-mudahan ada manfaat di sini. 

Majalah Anis Mac 2012


Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42 tahun & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26 tahun.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.


Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Pattani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.


Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.



Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.


Admin: Untuk mengetahui lebih banyak lagi kisah-kisah Ustaz, dapatkan keluaran anis bulan Mac 2012 yang sudah ada dipasaran sekarang ini. Penulis sebelum ini pernah bersua dan minum bersama ketika Ustaz bekerja di Utusan. Tempat kami minum di warong sebelah Utusan kedai Azhar Manir yang kini menetap di Pulau Kerengga. Walaupun masa itu, Ustaz yang lebih fokus kepada muzik, tetapi penulis sudah menadah kitab setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila. Alhamdulillah perubahan Ustaz membanggakan kami yang mengenalinya.

Sumber: CahayaIslam

Wednesday, 29 February 2012

Miskin Harta Kaya Jiwa. Yang Mana Satu Kita?

Assalamualaikum w.b.t.
Pagi yang berbahagia....

Mac telah datang. Februari baru berlalu. Januari tinggal kenangan.
Rabi'ul Akhir menjelma lagi. Ditinggalkan oleh Rabi'ul Awwal yang mulia. Safar tinggal mimpi.
Kalam-kalam dibicarakan. Ilmu-ilmu disebarluaskan. Minda-minda menagih santapan.
Di mana kedudukan kita sekarang. Di mana kita melepaskan keluhan. 
Di mana kita menimba secedok harapan. 
Di mana? Di mana? Di mana?

Di hari yang berbahagia ini, suka untuk penulis berkongsi lagi karangan oleh sahabat kita iaitu Saudara Abu Ikhwan. Suatu cerita. Suatu coretan. Suatu pengajaran. Mudah-mudahan masuk ke dalam jiwa. 


Satu cerita...

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya-raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ini?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah."

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya," jawab si anak.

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ini?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,


"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita."


ليس الغنى عن كثرة العرض، ولكن الغنى غنى النفس"Kekayaan bukanlah banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kekayaan hati."
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pesanan Penulis, 
HIDUP YANG PENUH KEKAYAAN, TIDAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI.


Tuesday, 28 February 2012

Siapa Yang Lebih Menderita? Anda atau Mereka?

Assalamualaikum w.b.t. 
Kadang terdengar di cuping telinga. Mulut manusia mengeluh mengenangkan kehidupan yang dirasakan sukar sekali. Namun begitu, terdapat lagi yang lebih menderita dan mempunyai kehidupan tidak sesempurna rakyat di dunia. Saksikanlah.


Tempat bermain bagi kanak-kanak ini bukan seperti kebanyakan kanak-kanak di Malaysia.


lagi gambar di bawah






























Sekarang renungkan, SIAPA YANG LEBIH MENDERITA?

Sumber : OhBest!

Sunday, 26 February 2012

Dah Cukup Ikhlaskah Anda Menulis?

Assalamualaikum w.b.t.

Sebahagian dari apa yang dinukilkan pernah bermain di minda penulis. Tetapi, kadangkala penulis akui, penulis juga tersasar. Oleh itu, marilah sama-sama kita semak semula matlamat sebenar penulisan kita ini. Penulisan ini adalah daripada seorang blogger tempatan, yang menyedari hakikat sebenar mengapa perlu adanya penulisan ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita juga akan menyedarinya dari terus tersasar dari laluan sebenar yang digariskan oleh-Nya.


Ikhlas bukan pada lafaz tapi pada hati.

Kadang-kadang datang angin bayu membisik lembut pada telinga.Ia seperti suara bisikan hati yang paling dalam.Jua seakan bertanya tentang sesuatu perkara.Kadangkala ia menghantui diri tetapi ada juga terasa seperti satu peringatan.

"Adakah engkau ikhlas dalam nukilan kamu?,atau engkau hanya mengharapkan sesuatu habuan duniawi?

Merenung sejenak mencari kapasitor jawapan yang sebenar.Apa yang aku mahu dalam nukilan aku.Pujian?,kadang-kadang ia datang menggoda tetapi diri cuba memberontak.Sambil melafazkan kata-kata."Aku akan cuba untuk ikhlas.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya,setiap perkara yang kita lakukan akan dinilai keikhlasannya oleh Allah S.W.T.Ikhlas itu sukar tetapi ia tidak payah."Pernah terdengar kata-kata tersebut.Tapi bagaimana nak ikhlas sedangkan ia sukar?.

"Berfikir...

Bagi aku untuk ikhlas dalam menulis adalah dengan menghalang perkara-perkara yang boleh menggugat niat dan lakukan perkara yang boleh meneguhkan niat...



Sembunyikan identiti

Bagi aku menyembunyikan identiti adalah satu alternatif untuk menghalang perkara yang boleh menggugat niat.Tapi mem"publish"kan identiti kita bukan bermakna kita tidak ikhlas.Ia bergantung pada individu tersebut bagaimana kuat dia menahan gelodak penyakit hati yang sentiasa mengganggu keikhlasan.Sebab tu aku terpaksa sembunyikan identiti kerana aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati.Tapi jangan sangka aku nie "lack of confidence" pulak.Kahkahkah...


Tiada iklan pada blog

Dulu,masa baru-baru buat blog aku ada jugak pasang iklan.Selepas tu,aku berfikir niat asal aku untuk menulis.Kau nak dapat "earning" ker?,atau kau betul-betul ikhlas untuk menulis.So,aku buang iklan pada blog.Tapi aku tak kata blogger yang ada iklan pada blog tu tak ikhlas.Macam aku kata tadi,aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati.Alternatifnya adalah tiada iklan pada blog aku.So,terhalanglah diri ini untuk menulis entri semata-mata nak tingkatkan trafik dan "cash out" pendapatan dari iklan."Mungkin...


Mengawal objektif

Sentiasa kawal objektif atau tujuan asal kita untuk ber"blogging".Kalau tergelincir dari landasan cepat-cepat naik dan pacu dengan berhati-hati supaya "maintain" dalam penulisan.Tersilap pacu kita bakal binasa.


Entri berfaedah

Sentiasa menulis entri yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang lain terutamanya pengunjung-pengunjung blog.Contohnya,nasihat-nasihat agama.Tidak semestinya membina sebuah blog berunsur keagamaan untuk menasihat.Tapi sekadar menyampaikan apa yang kita tahu dan perkara tersebut memberi faedah kepada orang yang membaca.Apa yang disampaikan akan balik kepada kita semula.Apa yang dinasihatkan kepada orang lain adalah cerminan nasihat bagi diri sendiri.Setiap perkara yang dilakukan untuk kebaikan orang lain akan dipermudahkah oleh Allah S.W.T.Disitulah titik-tolak keikhlasan bakal terbit.InsyaAllah.Tolong bagitau kalau ada entri aku yang tak berfaedah dan merapu.Akan diperbaiki.InsyaAllah.Hehe...


Doa

Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dikurniakan keikhlasan dalam berkarya dan sentiasa istiqomah dalam apa yang ditulis.

So,semua yang ditulis adalah pendapat aku semata-mata dan menjadi rujukan untuk diri sendiri.Tiada kena mengena dengan yang hidup,pengsan,ataupun yang telah meninggal dunia.Doakan aku sentiasa istiqomah dalam penulisan dan tegur aku kita jika aku tergelincir.

Pesanan Penulis :
Doakanlah agar penulis juga istiqamah dengan jalan ini... =)

Sumber : Sini

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP