You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Monday, 16 January 2012

Sedikit Persoalan Yang Terjawab Oleh UAI

Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar jasad? Apa khabar iman? Masih sihat atau sedang sakit? Seandainya sakit, cepat-cepat merawatnya yer. =) Penulis bercadang untuk berkongsi soal-jawab di antara Zizan dan Ustaz Azhar Idrus pada malam Sambutan Tahun Baru yang lepas. Sekurang-kurangnya dapat menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai persoalan-persoalan itu. =)


1. Apakah Hukum sambut countdown…?
UAI:”countdown tu mende”…??
Zizan: !@#$*…emm..”count tu, kire..down tu, bawah…2011 ke 2012..”
UAI: “count up la gitu..11 ke 12….”
zizan: !@#*…. =)
–> Kata ulama’ countdown bukan perayaan…ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite…jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll….

2. Apakah hukum main bunga api…?
–> Ulama’2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus…samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit…kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata…

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi…smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi…
–> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk… Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2…

4. Betul ke alat muzik tu najis..??
UAI: “Betul…..sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu”….=)
–> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan… kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram… bunyi2-an ni dibenarkan… dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti… 


5. “Isteri kena hiburkan suami dirumah…kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke…?” =)
–> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga… hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh…isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan…ni tidak,bile kt opis berjalan “catwalk”..dlm rumah plak “elephantwalk”…=) cara layanan juga hiburkan hati suami…dll…

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan…ape pendapat ustaz…
–> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)…tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah… 


7. “Saya tgk vcd kuliah Ustaz…ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya”…=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung…??
–> Betul perempuan xwajib pakai tudung…yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT… aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk…kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk…pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha…batal tak..?
UAI:”Batal…sekiranya si ayah terkentut”…=)

–> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis… dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun…dalam solat,boleh meraikan kanak2…

9. “Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak…?”
–> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke…datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan…kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah…yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah…kite nk hasilnye….

10. “Saya suka tengok cerite hantu…sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut…” =)
Apa hukum tengok cerite hantu…?

–> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh… Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat…
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite ‘tak sihat’…=) 


11. “Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)…?” =)
–> Boleh mitak balik…dengan syarat kena bersumpah dulu…jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi… fikirkan hikmah…mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite…redha aje lah…

12. “Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk”….=)
–> wanita mcm bdk2…suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah…mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg…kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll…suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll…

13. “Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal…boleh tak nk jd menantu ustaz..?”….=)
–>Boleh…dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya… nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)…tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)…

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu’ dalam keadaan bogel..?
–> “Ulama’ sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu’ berbogel….di khalayak ramai”…=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh… 


*Ni je yang sempat saya ambil..Jika ada salah dan silap..silalah tegur…kerana kesilapan itu dtgnye drpd kelemahan diri sy sendiri…sama2 kite belajar(menuntut ilmu) mencari redha Allah dan juga sama-samalah kita berkongsi2…=)

Mudah-mudahan ada sedikit yang boleh anda ambil di sini. Sekurang-kurangnya datang dengan kosong, tetapi balik membawa bekal. Insya-Allah. Wallahua'lam.

sumber: informasi.my

Monday, 9 January 2012

30 MUD : Jawapan Ringkas Tetapi Padat Dan Jelas

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali di medan penulisan ini. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur untuk berkhidmat di sini. Pada hari ini, penulis bercadang untuk berkongsi video 30 Minit Bersama Ustaz Don. Menarik cara penyampaian beliau. Semoga urusan beliau akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. kerana menyampaikan ilmu-Nya kepada kita semua. Mari bersama-sama menyaksikan soal jawab ini. =)

Perkara Pertama :

"Apakah hukum bagi wanita yang solat bersendirian tetapi membaca dengan suara yang kuat?"


Perkara Kedua :

"Makhraj huruf Sod dan Dzal"


Perkara Ketiga :

"Adakah Benar Jika Al-Fatihah Dibaca dengan Salah Kita Menyebut Nama Syaitan?"


Perkara Keempat :

"Bolehkah membaca Al-Fatihah seperti bacaan Imam di Mekah?"


Diharap dengan penjelasan ini dapat menjawab persoalan-persoalan anda. Pendek dan ringkas tetapi jelas. Penulis berehat seketika. Jumpa lagi di lain waktu. Wallahua'lam.

Wednesday, 4 January 2012

Hebatnya Imam Yang Faham Ini!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Penulis kembali lagi hari  ini dengan sedikit coretan. Coretan yang diharapkan dapat memberikan sedikit 'tambahan' ilmu kepada anda yang tidak jemu-jemu hadir ke sini. Syukran kathiro. Walaupun penulis masih baru di sini, penulis akan cuba memberikan yang terbaik sebagai author di sini. Insya-Allah, dengan bantuan daripada Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui, penulis dapat bersama-sama berkongsi di sini.


Merenungi semula tajuk yang dititipkan di atas. Siapakah imam yang dimaksudkan itu? Untuk pengetahuan anda, ianya adalah kisah Imam Masjidil Haram yang telah datang ke Malaysia pada suatu ketika dulu. Kisahnya bermula begini. 

Imam Masjidil Haram ini datang ke Malaysia atas urusannya sendiri. Lalu, beliau dijemput untuk mengimami solat berjemaah di Masjid di Malaysia ini. Untuk pengetahuan anda, Imam Masjidil Haram ini, ketika berada di Masjidil Haram, kaedah bacaannya tidak sama dengan cara masyarakat di Malaysia. Ketika beliau berada di Masjidil Haram, kaedah yang dilakukan oleh beliau adalah selepas Takbiratul Ihram, beliau akan diam sejenak. Setelah itu, beliau terus membaca surah Al-Fatihah tanpa membaca Basmalah. Namun begitu, apabila beliau mengimami solat berjemaah di Malaysia, setelah mengangkat Takbiratul Ihram, beliau membaca Basmalah dengan kuat disusuli dengan surah Al-Fatihah. Subhanallah!Tidak cukup di situ, setelah memberi salam ke kanan dan kiri, beliau terus berpusing ke belakang dan menyerahkan mikrofonnya kepada makmum di belakang. Makmum di belakang tersentak. 

"Kenapa berikan mikrofon itu kepadanya?" 

Musykil seketika. 

Lalu, Imam Masjidil Haram ini mengatakan, 

"Bukankah di tempat kamu ini, selepas sahaja memberikan salam, kamu akan berzikir dan berdoa kepada Allah? Jadi, laksanakannya."


Inilah tanda orang yang menghormati pandangan setiap mazhab. Walaupun di tempatnya itu tidak dilakukan zikir seperti di Malaysia, tetapi beliau menghormati amalan kebaikan yang umat Islam di Malaysia lakukan. Hebat mereka yang memahami akan ilmu Allah Taala ini.

Mereka menghormati, dan tidak berbalah sesama sendiri. Mereka mengambil berat akan amalan yang dilakukan sesuatu umat walaupun tidak ada di tempat mereka. Ini tidak bermaksud anda bebas untuk melakukan apa-apa sahaja perkara yang haram dilakukan mahupun perkara yang ditegah. Jangan sesekali menafsir dengan istilah yang salah ayat ini. =)

Begitulah sedikit perkongsian yang dapat penulis sampaikan pada hari ini. Mudah-mudahan segala-galanya akan mudah bagi diri penulis dan juga diri anda di luar sana. Untuk pengetahuan anda, penulis mendapatkan kisah ini daripada majlis ilmu yang penulis hadiri. Wallahua'lam.

Pesanan Penulis,

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu menghukum (hakim) dan harta terhukum"

Monday, 2 January 2012

Sudahkan Anda Membina Azam?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar iman? Apa khabar jasad? 

Mudah-mudahan segalanya berada dalam keadaan yang baik-baik belaka hendaknya. Insya-Allah. Sekali lagi penulis memohon seribu kemaafan lantaran kesibukan yang melanda. =)


Pejam celik, pejam celik. Dah 2 Januari rupanya. Terlalu banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun 2011 yang lalu. Hari ini jua telah mencapai 8 Safar. Sudah 2 bulan berlalu rupanya. Terlalu cepat masa itu berlalu. Tanpa kita sedari. Tanpa kita mengerti. Persoalannya. Adakah kita mengambil iktibar akan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun 2011 yang baru sahaja 2 hari berlalu itu? Penulis tidak berniat untuk bercerita akan halal haram sambutan Tahun Baru yang dibangga-banggakan, tetapi penulis ingin mengajak anda berfikir seketika. Berfikir dan muhasabah diri. Mari kita renungkan sejenak ayat-ayat di dalam surah Al-Asr ini. 

1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

Pendek sahaja. Tetapi mempunyai 1001 makna. 

Firman Allah yang tidak dapat kita nafikan walaupun sedikit. Pasti anda sudah memahami akan isi kandungan surah Al-Asr ini bukan? Dibaca kala selesainya sesuatu majlis, kuliah-kuliah, ceramah, usrah dan sebagainya. Namun, berapa ramai yang mengambil iktibar darinya? Fikir-fikirkan sejenak. 


Barangkali masih bermain-main di fikiran anda. Perjalanan hidup masih jauh. Sebagai seorang pelajar. Sebagai seorang pekerja. Sebagai seorang suami. Sebagai seorang isteri. Sebagai seorang ayah. Sebagai seorang ibu. Sebagai seorang anak. Dan yang paling utama adalah tanggungjawab yang dipegang sebagai seorang khalifah. 

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda sebagai peringatan:

"Hendaklah kamu menjadikan dunia ini sebagai tempat tumpang lalu sahaja"

Kembali kepada topik santai penulis hari ini. 

Azam. 
!
!
!
!
!
Azam. 
!
!
!
!
!
Azam.


Menjengah sahaja ke tahun baru, pastinya ramai yang mula memasang azam baru. Azam itu. Azam ini. Betul?

Anda sudah membina azam?
Anda sudah merancang azam? 

Anda sudah re-new azam? 

Azam yang lepas sudah terlaksana? 

Ataupun ada azam anda yang masih tidak dapat dicapai?

Penulis suka untuk bertanya soalan-soalan yang boleh membuatkan otak penulis dan anda berfikir supaya ianya aktif. Tidak membeku dengan tugasan seharian. Apabila sel-sel otak aktif, maka otak akan menjadi sihat. 


Penulis mempunyai beberapa azam tahun lalu yang gagal untuk dilaksanakan lantaran kelemahan diri. Tidak perlulah penulis catatkannya di sini. Cukuplah sekadar berkongsi apa yang perlu. =) Banyak lagi yang perlu dibaiki oleh penulis. Namun begitu, ianya bukanlah suat alasan untuk penulis dan anda membiarkan sahaja diri terkontang-kanting dengan hidup yang tiada arah tujuan. Kegagalan itulah yang mengajar kita menjadi lebih kuat. Penulis akan cuba sedaya-upaya untuk menunaikan azam penulis itu. Insya-Allah, Allah s.w.t. pasti membantu hamba-hamba-Nya yang ingin berubah ke arah yang lebih baik. Bukankah Allah s.w.t. sendiri telah menyatakan bahawa :

"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

(Surah Ar-Ra'd : 11)

Bagi anda yang berjaya menunaikan azam anda, TAHNIAH daripada penulis. Insya-Allah setiap pengorbanan pasti ada ganjaran yang besar daripada Allah. Penulis juga mempunyai kelemahan sendiri. Tetapi, itu bukanlah penghalang kepada anda dan penulis untuk memberikan 1001 alasan. 


Pesanan Penulis,

Buat anda yang bakal menduduki peperiksaan, 
SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PERANG.

Buat anda yang masih di awal semester,
BELAJAR DARI AWAL DAN MAINTAIN.

Buat anda yang bekerja,
LAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN IKHLAS.

Buat anda yang bakal membina baitul muslim,
SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAH TANGGA.

Buat anda yang sedang dalam proses perubahan,
PENULIS MENDOAKAN ANDA BERJAYA DAN DILINDUNGI OLEH-NYA DARI GODAAN LUAR.


Terlalu lama sangat penulis menghilang, jadi, banyaklah ucapannya. =) Sehingga bertemu lagi kelak di lain masa. Wallahua'lam.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP