Beramal Jangan Kerana Khasiat
Assalamualaikum w.b.t.
Pada kesempatan ini, penulis ingin menyebarkan kalam, menyampaikan risalah buat antum semua. Insya-Allah bermanfaat bagi penulis dan juga antum.
Mengamalkan ayat seribu dinar memang membuka pintu rezeki tetapi beramal dengan maksudnya. Apakah maksud yang tersirat itu wahai sahabat yang dikasihi Allah sekalian?
Sila fahami dan renungkan maksud ayat seribu dinar ini.
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya.
Dan memberinya rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
5 ayat ini amat berkesan jika diteliti sebenar-benarnya.
Allah berfirman,
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya"
Ayat ini sudah menekankan bahawa mana-mana manusia yang BERTAQWA kepada ALLAH YANG MAHA KUASA, maka Allah akan membantunya.
Kesimpulan pendek yang boleh penulis kongsikan hari ini adalah sekiranya antum benar-benar takut kepada Dia Yang Maha Berkuasa, insya-Allah rezeki antum akan dijaga oleh-Nya. Takut yang bagaimanakah?
Takut untuk melakukan larangan-Nya.
Takut untuk memandang yang haram.
Takut untuk berkata-kata yang haram.
Takut untuk mendekati perkara yang lagha dan tidak bermanfaat.
Takut untuk membicarakan hal-hal yang kotor.
Takut untuk melakukan kemungkaran.
Takut untuk memikirkan larangan-Nya.
Takut untuk mengamalkan perkara yang dilarang.
Takut untuk mendengar hal-hal yang dilarang.
Takut untuk meneruskan perkara yang haram.
Takut akan azab-Nya yang menyeksakan.
Teringat penulis akan firman-Nya:
Barangsiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan membantumu. Dan mengukuhkan kedudukanmu.
(Surah Muhammad: 7)
Sudah terang lagi bersuluh. Sudah terang malam yang samar.
Sudah sirna hati yang kelam.
Tidak ada masalah untuk beramal dengan sesuatu perkara atau amalan. Biarlah kerana Allah.
Pakailah pakaian kerana Allah.
Makanlah kerana Allah.
Beribadahlah kerana Allah.
Belajarlah kerana Allah.
Takutlah kerana Allah.
Keluar berjihad kerana Allah.
Keluar menuntut ilmu kerana Allah.
Menungganglah kerana Allah.
Bersolatlah kerana Allah.
Berzikirlah kerana Allah.
Memandulah kerana Allah.
Berjalanlah kerana Allah.
Berukhwahlah kerana Allah.
Menulislah kerana Allah.
Berjanjilah kerana Allah.
Sebarkanlah kerana Allah.
Berpeganglah kepada firman-Nya. Sesungguhnya janji Dia adalah pasti. Peganglah seerat-eratnya akan kalam-kalam Agung Dia Yang Maha Berkuasa.
Takbir! Allahuakbar!
0 Kata Berhikmah:
Post a Comment