You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Saturday, 5 January 2013

Bukan tulisan dia, tapi perkongsian seorang hamba.

Firman-Nya dalam surah (Ghafir Al - Mu'min:60); 

“Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”  



Buku Siti Munazakiah. Tajuk Diari Sufi [Click untuk review]

Semoga bermanfaat! Lillahitaala.

[Helaian "Santapan Akal dan "Prakata"]

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu 
(gunung, air, api,angin)?"
Malaikat bertanya lagi."

"Santapan Akal"

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu
gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada"! Jawab Allah. "Iaitu api, yang panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, air, api,angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu,". Kerana sesungguhnya Doa itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi]

"Prakata"

DOA. Satu frasa keramat yang tidak mampu di terjemah akal akan kuasanya. Tidak siapa bisa membajak bajanya, sedangkan hasilnya sedang kita tuai saban waktu.

Para anbia tidak pernah lekang dengan doa.
Para sahabat tidak pernah pincang dengan doa.
Para ulama tidak pernah renggang dengan doa.

Ini terjadi lantaran sifat kebergantungan yang hakiki terhadap Allah Rabbulizzati, tidak sedikit pun mencacatkan diari perjuangan dan kehidupan. Segala sesuatu yang dilalui seakan-akan hampir sempurna walaupun ada kalanya keletihan sangat perit dengan mata duniawi. Lalu, bekalan DOA yang Allah SWT sediakan tidak sezarah pun pernah mereka sia-siakan.

Andai kita bertembung dengan apa juga musibah mahupun bahagia, berdoalah kepada Tuhan yang satu, lalu sematkan percaya dalam sanubari bahawa Allah itu ada dan sedang mendengar keluhan hambaNya tanpa mengira siapa kita. Janji Allah...

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus menerus berdoa."
[Hadis riwayat Al-Auza'i]

Posted by Nadiyah Sadeli =)





Tuesday, 23 October 2012

Kenapa Orang Islam Sembah Kotak Hitam?

Assalamualaikum w.b.t. 
Alhamdulillah wa syukrulillah...Bertemu lagi penulis dengan antum di ruangan yang semakin menyepi ini. Bagaimana perkembangan belajar antum sekarang? Penulis mengharapkan supaya antum dapat melakukan yang terbaik bagi semester kali ini. Kita semua adalah pelajar. Tumpuan utama adalah bagi mendapatkan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. Jangan pula diabaikan makanan rohani walaupun antum sedang sibuk belajar. Jika tidak silap penulis, bulan depan antum akan menghadapi final exam bagi semester ini. Penulis nasihatkan antum supaya lebih bersedia dengan keperluan untuk menghadapi 'peperangan' besar kelak. Man jadda wajada Wa man zara'a hasoda. 

Hasrat penulis hari ini adalah bagi berkongsi tentang analogi mudah mengenai "KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM?" Who knows one day you will be asked this question? Jadinya, ini adalah sebagai pengetahuan kepada penulis dan antum. Ambillah ibrah dari apa yang ditulis dan bukannya memandang kepada orang yang menulis. Ilmu Allah adalah perlu untuk disebarkan kepada semua tidak mengira ianya ringan atau berat. Renung-renungkan dan selamat beramal! Insya-Allah. Bismillah..


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…… 

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. 

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? 

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum …. 

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? 

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? 

Missionary : Awak tak ada jawapan ? 

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. 


Missionary : Mengapa awak cakap begitu ? 

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” … 

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii ….. 

Merah padam muka Missionary menahan marah. 

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum …. 

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone. .


Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……


Sedikit kata-kata dari penulis:
ISLAM ITU INDAH KAN? 
Dan Islam itu merupakan agama yang benar anugerah Allah kepada semua ummatnya. Takbir! Allahuakbar! 

Monday, 24 September 2012

Saat Islam Itu Dihina

Assalamu'alaikum.

Pada post kali ini ingat nak kongsi sedikit input yang ana dapat kutip semasa program Diskusi Ilmu oleh En. Radhi iaitu pada Sabtu malam, 6 Zulkaedah 1433 bersamaan 22 September 2012. Bole kate ni Part1 yang akan dikongsikan hanya berkisar tentang soal semasa.


Sekarang ni pakat sibuk dengan hal penghinaan terhadap Nabi kita Muhammad SAW melalui filem 'Innocence of Muslim'. Benar, elok sangatlah luahan ketidakpuasan hati yang kita zahir dan lemparkan itu. Namun dalam itu, janganlah pula kita sisihkan nilai adab dan batasan dalam meluahkan rasa itu. Pelik juga sampai diberitakan bahawa sehinggakan duta Amerika di Libya terbunuh semasa tunjuk perasaan. Dalam kesibukan itu sahabat dan sahibah sekalian, eloklah kita bermuhasabah dahulu. Mengapa sebenarnya Islam itu dihina?

Islam Dihina, Kerana 2 Perkara :

 1.  Kita yang Membenarkan Agama Kita Dihina
Aik? Bagaimana tu? Sedang kita melolong membantah filem yang menghina Nabi kita itu, sedar tak sedar kita sendiri merupakan antara punca mengapa Islam itu dihina. Tak nampak lagi? Baik, ana terangkan.  
Kita tidak mengamalkan ajaran Islam itu sehari-hari
Tidakkah kalian merasakan dengan tidak mengamalkan ajaran Islam itu telah menghina Islam itu sendiri? Dimana kita  saat muazzin melaungkan  azan di rumah Allah? Sudah rapatkah tautan ukhwah di antara  muslimin/at di sekitar kita? Sudahkah  kita mencintai saudara kita melebihi diri kita sendiri? Inilah lubang-lubang yang perlu kita tampal dengan plaster ajaran Islam itu sendiri. Atas sebab ruang yang hadir kerana lubang-lubang itulah yang membenarkan fitnah dan penghinaan terhadap Islam itu sendiri lolos lantas menyerang umat Islam.

2.   Kita Tidak Melahirkan Izzah (Kemuliaan) Islam
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
" Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama. "
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, " Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "

Sabda Baginda SAW,
" Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut. "
Sahabat bertanya lagi, " Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? "

Jawab Rasulullah SAW,
" Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn. "
Sahabat bertanya lagi, " Apakah itu al-Wahn? "

Rasulullah SAW bersabda,
" Cintakan dunia dan takut akan kematian. "
Maka benarlah sabda Rasul SAW. Benar, kuantiti kita pada hari ini amatlah ramai iaitu sebanyak 1.57b, bahkan melebihi kuantiti kaum Yahudi & Nasrani. Walaupun begitu, sabda Rasulullah SAW, " ..mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.. ". Kerana apa? Kerana cintakan dunia dan takutkan mati.
Lagi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu kafir di petangnya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu kafir di paginya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia ". (Sahih Muslim, No: 169)
Mudahnya umat akhir zaman melakukan maksiat. Para sahabat dan sahibah sekalian, hati-hatilah, takut-takut terlanjur maksiat yang telah dilakukan, ada yang mengakibatkan gugurnya syahadah kita. Nauzubillah. Mari bertanya kepada diri, sudah zahirkan izzah Islam itu disetiap perbuatan kita sehari-hari? Jadikan soalan ini motivasi buat diri. Insya Allah.

Jadi puncanya telahpun kita ketahui, maka solusinya pula bagaimana? Apa yang perlu kita lakukan apabila Islam itu dihina?
Apabila  Islam Dihina
  1. Lahirkanlah amarah kita! Tetapi  harus diingat, lahirkanlah ia dengan penuh adab dan akhlak.
  2. Fahamkan Islam itu sepenuhnya. Agar segala keputusan dan tindak-tanduk kita itu berlandaskan ajaran Islam. Lantas jika begitu, pasti ruang-ruang fitnah dapat ditutup rapi. 
  3. Kikislah segala sifat mazmumah di dalam diri. 
  4. Carilah titik-titik persamaan di antara saudara seMuslim  kerana Allah SWT
Kalaulah keempat-empat point di atas dapat dilaksanakan saat Islam dihina, tak ke hebat? Fikir, saat Islam itu dihina, amarah yang dizahirkan amatlah beradab dan berhikmah. Maka izzah Islam itu pasti terpancar lantas dapat menarik minat hati-hati mereka yang bukan Islam. Saat Islam itu dihina lagi, umat Islam berlumba-lumba untuk cuba memahami Islam itu sepenuhnya, mengapa Nabi Muhammad itu dihina? Bgaimana akhlak sebenar Rasulullah SAW? Semua persoalan itu dicari jawapannya. Saat itu lagi, masing-masing antara kita bersungguh-sungguh menghakis sifat mazmumah di dalam diri. Takut-takut perbuatan buruk kita itu yang membuka ruang fitnah terhadap agama Islam. Akhirnya, saat Islam itu dihina, maka makin rapatlah tautan ukhwah diantara Muslimin/at kerana masing-masing mereka mula mencari titik persamaan di antara mereka dalam usaha untuk memantap dan meneguhkan lagi saf umat. Masya Allah, maka saat Islam itu dihina, tidak langsung melemahkan umat Islam itu bahkan menambah lagi kekutatan umat Islam itu ! Takbir !  
 Sekian  perkongsian (:

Saturday, 22 September 2012

Adab Sebelum Tidur Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum w.b.t.
Salam ceria dari penulis untuk anda semua. Moga kita berada dalam kalangan orang-orang yang mendapat naungan daripada-Nya. Takbir! Memandangkan hari ini adalah hari cuti bagi negeri kita, jadi penulis mempunyai sedikit kesempatan di situ untuk sama-sama menghidupkan dan 'refresh' minda dengan kalam-kalam suci yang sedikit sebanyak dapat membuka ruang dan peluang untuk minda kita berputar. Tidak terhenti. Otak yang ligat berfikir, insya-Allah tidak akan 'mati'. 


Penulis ingin menyentuh perihal kehidupan seharian kita. Dari awal bangun sehinggalah nak tidur, pernahkah memuhasabah diri akan segala apa yang dilakukan dalam tempoh itu? Pernah? Jika pernah, alhamdulillah dan tahniah penulis ucapkan. Sekiranya tidak pernah atau jarang-jarang, inilah saatnya untuk kita baiki diri. Betul? Ianya sangat mudah. Pernah tak terfikir akan soalan cepu mas ini?

"Andai aku meninggal ketika tidur, macam mana aku nak berhadapan dengan kubur yang gelap esoknya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkan aku bertaubat kepada-Nya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, mampukah aku mengangkat muka di hadapan-Nya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku buang semua gambar di facebook?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memohon maaf kepada semua sahabatku?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memaafkan mereka yang aku kasari?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku solat taubat?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, adakah Al-Quran akan menjadi penemanku dalam kegelapan?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku untuk merasai nikmat 'kecerahan' dunia?"

Pernah tak terlintas dalam fikiran soalan-soalan sebegini? Penulis merasakan bahangnya tatkala soalan-soalan ini terungkap di minda. Allahuakbar! Mampukah untuk menghadapi semua ini? Mampukah wahai sahabat-sahabat seperjuangan? Subhanallah.. Tak dapat dibayangkan... Subhanallah... 


Oleh itu, marilah sama-sama kita ingatkan diri. Ingatkan diri agar sentiasa memikirkan dosa-dosa lalu untuk dilupuskan dan fikirkan amalan-amalan baru untuk dipraktikkan. Agar kita tak menyesal. Allahuakbar!

Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan sebelum tidur mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Penulis adalah manusia biasa. Banyak juga salahnya. Anda juga sahabat penulis. Oleh itu, tiada salahnya untuk kita saling ingat-mengingati. Biarpun cetek ilmu ini, namun tetap ada nilainya di sisi Yang Maha Esa. Allahuakbar!

1. Bersuci (berwudhu' dan bersiwak 
2. Berniat utk melakukan ibadat (tahajjud dsb) di waktu bangun tidur nanti. 
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur. 
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti. 
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus. 
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam. 
7. Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat. Tangan kanan letakkan di pipi. 
8. Membaca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, An-Nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali. 
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu seperti mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan. 
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan: 
AlhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur. 


Sama-samalah kita laksanakan yang mampu. Jika tak mampu nak buat semua, PASTIKAN jangan tinggalkan semua. Allahuakbar! Cukuplah dahulu perkongsian untuk penulis kongsikan di hari cuti ini. Bertemu lagi di minggu hadapan. Insya-Allah. Assalamualaikum. 

Ya Allah, ampunilah aku. Ampunilah dia dan mereka. Kuatkan kami dalam mendidik diri kami sendiri. Saya teringat suatu doa dari Abu Bakr RA yang dipetik daripada kitab Hadits Thultha’ ( Bicara Hari Selasa) yang bermaksud :
“ Ya Rabbku, Kau lebih mengetahui tentang diriku dariku sendiri. Dan aku mengetahui akan diriku lebih dari apa yang manusia tahu. Ya Rabbku, jadilah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka. Ampunilah aku dalam hal yang mereka tidak tahu, Jangan Kau hukum aku dengan apa yang mereka kata.”
(Petikan dari blog BroHamzah)

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP