You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Saturday, 10 December 2011

Sifat Al-Muraqabah Ada Dalam Diri Anda?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bersua lagi penulis dengan anda. Suasana cuti ni masih terasa walaupun minggu-minggu hadapan kita selaku pelajar akan meneruskan kehidupan sebagai pelajar manakala pelajar yang bakal menjalani latihan industri akan meneruskan perjuangan di medan masing-masing. Semoga kita semua akan ditetapkan iman di hati walau di mana jua kita berada. Insya-Allah. =)


Pada pagi Jumaat yang lepas, penulis sempat menonton Rancangan TV Al Hijrah yang bertajuk Madrasah Akhlak. Penulis suka untuk berkongsi dengan anda mengenai kandungan yang terdapat dalam perbincangan hari berkenaan. Tajuknya adalah mengenai Al-Muraqabah. Penulis suka mendengar kalimat-kalimat yang keluar daripada mulut Ustaz Roslan Mohamed ini. Bagi penulis, ianya mudah untuk masuk ke dalam hati penulis. Gayanya mudah. =)


Al-Muraqabah bermaksud Mengawasi Diri.

Bagaimanakah yang dikatakan mengawasi diri ini? Penulis merujuk kepada sepotong hadis yang disebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi : 

"Kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat Allah dan sekiranya kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu"

(Riwayat Muslim)

Begitulah yang dijelaskan kepada kita semua. Terutamanya dalam konteks ibadah. Sekiranya diikutkan, segala amal perbuatan kita di atas dunia yang fana ini adalah ibadah. Tidak kira seseorang sedang belajar, bekerja, makan, minum, tidur, mandi, berkahwin, memimpin dan sebagainya. Semuanya adalah menjadi suatu ibadah. Tetapi, sejauh manakah kita meletakkan tahap Ihsan ini di dalam hati kita?


Contoh yang penulis boleh bawakan di sini adalah sebagai seorang hamba Allah. Adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba? Atau kita hanya menganggapnya sebagai suatu yang biasa-biasa sahaja? Fikir-fikirkan kembali. 

Bagaimana situasi solat kita ketika sedang bersendirian dan ketika berada bersama dengan orang lain? Adakah masih sama ataupun hanya sekadar untuk membuatkan orang lain berfikir bahawa kitalah orang yang paling khusyuk dan tawadhuk ketika berada dalam kalangan masyarakat lain?

Penulis ingin mengulang kembali akan kisah yang dibawakan oleh Ustaz Roslan Mohamed pada hari tersebut. Kisah yang dikongsikan adalah mengenai kisah Imam Hassan Al-Basri yang mempunyai sifat Al-Muraqabah yang sangat tinggi di dalam hatinya. 


Dikisahkan begini :

Pada suatu hari, Imam Hassan Al-Basri melalui satu kawasan di mana ada ramai orang yang kelaparan. Jadi, beliau berniat untuk bersedekah kepada insan-insan ini. Namun, apabila hampir berada berdekatan dengan golongan susah ini, beliau membatalkan hasrat hati beliau untuk bersedekah. Hal ini kerana terdapat ramai orang yang memerhatikan. Jadi, beliau pulang semula. Pada keesokan harinya, beliau datang lagi. Tetapi, masih ada orang yang memerhatikan. Beliau membatalkan hasrat hati beliau itu. Begitu juga pada hari ketiga. Namun, pada hari keempat, apabila beliau melihat tiada lagi orang yang memandang, lantas beliau melaksanakn hasrat hati beliau itu.


Sesudah sahaja memberikan keperluan yang diinginkan, beliau lantas pulang. Hal itu disaksikan oleh anak-anak murid beliau. Lalu, mereka bertanyakan kepada Iman Hassan Al-Basri.

"Wahai guru kami, mengapa engkau melakukan hal seperti itu?"

Kemudian, dijawab oleh Imam Hassan Al-Basri :

"Aku tidak mahu kebaikanku itu dilihat oleh orang lain dan ianya boleh mempengaruhi keikhlasan hatiku".


Begitulah jawapan daripada Imam Hassan Al-Basri. Begitulah sifat al-Muraqabah yang tertanam di dalam hatinya. Kita? Fikir-fikirkan sejenak.

Sekiranya sifat al-Muraqabah ini berada kukuh di dalam hati anda dan juga penulis, sudah pasti kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah hatta ketika kita sedang berseorangan. Percaya atau tidak?

Sekiranya kita merasakan akan kehadiran Allah, 
kita akan takut untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan-Nya.
Sekiranya kita merasakan akan kewujudan Malaikat, 
kita pasti akan berfikir 100 kali untuk melakukan perkara terlarang.
Sekiranya kita melihat azabnya neraka, 
kita pasti akan menjauhkan larangan-Nya.
Sekiranya kita diperlihatkan akan keindahan syurga, 
pasti kita akan berusaha mengejarnya.

Turut dibawakan sebuah lagi cerita oleh Ustaz Roslan Mohamed dalam siri kali ini.


Pada suatu hari, ada seorang guru yang ingin mengijazahkan ilmu yang dipelajari kepada anak-anak muridnya. Penulis terlupa untuk mencatatnya. Lalu, guru ini memberikan setiap seorang seekor ayam untuk disembelih.

"Pergilah kamu sembelih ayam ini di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapapun"

Maka, berlalulah murid-murid tersebut. Setelah beberapa ketika, mereka kembali lalu menunjukkan kepada guru mereka akan ayam yang disembelih. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, ada yang sembelih di dalam gua, di belakang batu dan sebagainya. Hanya seorang sahaja murid yang masih membawa ayam yang masih hidup. Lalu ditanya kepada murid berkenaan. 

"Mengapa kamu masih tidak menyembelih ayam kamu itu?"

Lantas dijawab oleh murid berkenaan :

"Bagaimana aku ingin menyembelihnya? Aku tidak menjumpai tempat yang tiada sesiapapun yang tidak boleh melihat aku. Kerana Allah sentiasa melihat aku."

Guru tersebut  senyum kepada muridnya itu. Beliau berkata :

"Kamulah muridku yang setia".


Begitulah kisah yang dipetik daripada kisah guru dan muridnya. Kalau tak silap penulis, guru ini merupakan insan hebat. Allahuakbar! Penulis betul-betul hilang ingatan seketika. Tidak mengapa, ambillah isi kandungan cerita sebagai pengajaran. Semoga anda mendapat sesuatu pada hari ini. Insya-Allah.

Tidaklah sukar untuk menerapkan perasaan al-Muraqabah ini ke dalam diri kita. Tetapi, persoalannya, MAHUKAH ANDA? Atau anda sekadar ingin membaca coretan daripada penulis? Fikir-fikirkan sejenak. Pejamkan mata dan muhasabahlah diri anda. Penulis juga melakukan hal yang sama. Apa yang dicoretakan penulis, penulis akan meneliti semula. Supaya masuk ke dalam hati penulis dalam-dalam. Dan bukannya sekadar terpahat di sini. Insya-Allah.


Namun begitu, terdapat juga persoalan yang dikemukakan oleh seorang sahabat kita yang berada bersama-sama dengan majlis ilmu Madrasah Akhlak pada hari itu. 

Soalannya berbunyi begini :

"Ustaz, apa pendapat ustaz sekiranya ada yang salahtafsirkan sifat al-Muraqabah ini? Contohnya, seseorang yang nak bangun subuh. Tetapi, tiba-tiba dia rasakan ada yang memerhatikannya, kemudian dia tidur semula?"

Macam kelakar kan soalannya?

Tetapi, inilah hakikatnya. Ramai yang suka salahtafsirkan sesuatu dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Lebih ringkas disebutkan, ianya adalah ZALIM.

Gambar di atas adalah contoh mudah. =)

Jawapan ustaz adalah perkara yang wajib perlu ditunaikan. Yang disebutkan al-Muraqabah dalam kisah Imam Hassan Al-Basri itu adalah perkara sunat. Perkara yang wajib adalah wajib. Dahulukan yang wajib seterusnya diikuti yan sunat. Ianya adalah merupakan perintah Allah. Jadi, tiada istilah "malu" atau "melindungi diri dari dilihat orang".

Begitulah sedikit perkongsian yang boleh penulis sampaikan di waktu cuti yang damai ini. Insya-Allah sekiranya ada peluang lain, penulis akan menyampaikan lagi serba-sedikit ilmu yang penulis rasakan sesuai untuk dikongsikan bersama anda semua. Semoga berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. Wallahua'lam.


Penulis tinggalkan anda dengan firman Allah dari Surah Al-Hasy : 18 

"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang yang memerhatikan apa yang diusahakan esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan…”


Wednesday, 7 December 2011

Semak 6 Perkara Yg Allah Sembunyikan Dari Kita

Assalamualaikum w.b.t.

Kaifahalukum? Alhamdulillah bertemu lagi penulis dan anda di ruangan ini. Kembalinya penulis pada hari yang cerah ini untuk sekali lagi berkongsi sedikit bahan cerna minda agar fikiran kita semua akan sentiasa berfikir dan terus berfikir mengenai Allah s.w.t dan penciptaan-Nya. Insya-Allah. =)


Terdapat satu kisah yang mungkin sudah pernah dibaca dan diceritakan oleh para da'ie di luar sana tidak kisah ianya ustaz, sahabat, pendakwah mahupun guru. Tetapi, alangkah manisnya jika penulis mengingatkan sekali lagi akan kisah ini. Mudah-mudahan akan hidup urat saraf kita yang sudah lama membeku dek kekurangan berfikir akan ilmu-ilmu Allah ini. Insya-Allah.

Dikisahkan bahawa: 


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). 

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: 
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud :
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah kita bersama-sama fikirkan dan renungkan akan 6  perkara yang Allah sembunyikan daripada kita, hamba-Nya ini. Perkara itu adalah :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Tambahan * Allah S.WT telah menyembunyikan kematian kita.


Fikir-fikirkan kembali akan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hamba-Nya yang sangat-sangat lemah lagi hina dan dina. Siapalah kita untuk dibandingkan dengan para anbiya'. Untuk melangkaui batasan iman para salafussoleh pun kita masih terumbang-ambing, apatah lagi untuk mencapai tahap keimanan para nabi. Allahuakbar! Lemahnya diri kita. Tetapi tidak mustahil. Allah Maha Menerima segala taubat dan rayuan daripada hamba-Nya yang beriman. Yang mahu berubah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan ahli Syurga Allah. Insya-Allah. Tetapi, perlu disertakan dengan syarat. Bukanlah sekadar berdoa di tikar sejadah sahaja. Haruslah diiringi dengan rasa, hati dan disusuli dengan tindakan. 

Muhasabahlah diri setiap kali selepas solat. Fikirkan sejak bangun tidur, apa yang sudah kita lakukan? Apa yang kita amalkan? Apa bekalan kita untuk hari ini dan hari esok? 

Fikir-fikirkan dan jangan lupa, BERTINDAK! 

Semoga fikiran anda akan terbuka untuk memahami setiap kalam Allah. Wallahua'lam. 


Penulis tinggalkan anda dengan kata-kata daripada Saidina Ali:

"Orang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kebaikan dan kejahatan, tetapi dapat mencari kebaikan di antara dua kejahatan"

Monday, 5 December 2011

Pendapat "MEREKA" Tentang Rasulullah

Assalamulaikum w.b.t.


Penulis kembali lagi dengan isi-isi yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan bersama anda semua. Penulis sempat ronda-ronda beberapa hari ini. Alhamdulillah dapat apa yang penulis cari. Perkara ini sudah banyak kali disiarkan di facebook mahupun blog. Jadinya, tidak ada salahnya andai penulis ingin me'remind' semula ingatan-ingatan kita bersama. Perkara tersebut adalah PENDAPAT "MEREKA" TENTANG NABI MUHAMMAD S.A.W. Jom semak di bawah. Semoga bertambah-tambah kerinduan dan perasaan bangga kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. =)

Pandangan Michael H. Hart: 

"Jatuhnya pilihan saya kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama daftar Seratus Tokoh yang berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sementara pembaca dan mungkin jadi tanda tanya sebagian yang lain. Tapi saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih sukses-sukses luar biasa baik ditilik dari ukuran agama maupun ruang lingkup duniawi."


Seringkali kita mendengar tuduhan-tuduhan serong terhadap junjungan besar Rasulullah S.A.W yang dilemparkan oleh mereka-mereka yang apresiatif terhadap Islam. Tetapi kita diajar untuk tidak membalas segala fitnah-fitnah yang dilemparkan kerana itulah salah satu sifat Rasulullah S.A.W. Kita ambil pengajaran dari kisah baginda yang berlaku di Taif. Dicerca dan dihina tetapi baginda membalas dengan doa. Memetik salah satu 'post' dalam satu forum www.alislahonline.com yang sangat menarik, yang kebetulannya sedang berdiskusi tentang agama.

Ketahuilah saudaraku. 
Jika ada yang menyoal atau menyebut 

"Siapakah tokoh paling berpengaruh didunia?", 
jawablah 
"Tokoh tersebut adalah Rasulullah S.A.W"



Encyclopedia Britannica


“Sejumlah besar sumber awal menunjukkan bahwa dia adalah seseorang yang jujur dan berbudi baik yang dihormati dan ditaati orang-orang yang sepertinya
(jujur dan berbudi baik) (Vol. 12)”

Mahatma Gandhi 
(Komen mengenai Nabi Muhammad di Young India) :

“Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia… Saya lebih dari yakin bahwa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan,
kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup
halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih karena tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.”


Sir George Bernard Shaw 
(The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.)

“Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris – bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islam-lah agama tersebut.”

” Saya senantiasa menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan
merubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad – sesosok pribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristus, dia harus dipanggil ‘sang penyelamat kemanusiaan’.”


“Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia modern ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang dibutuhkan dunia: Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropa di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropa saat ini”

“Dia adalah manusia teragung yang pernah menginjakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulai sekian banyak gerakan pembaruan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamis untuk melaksanakan dan mewakili seluruh
ajarannya, dan ia juga telah merevolusi pikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang.


Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di Arab tahun 570 masihi, memulai misi mengajarkan agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63.

Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah merubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemuja makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antar suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan anarkis menjadi kaum yang teratur, dari kebobrokan ke keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal tranformasi sebuah masyarakat atau tempat sedahsyat
ini – dan bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas dua dekad."

Michael H. Hart 
(The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons History, New York, 1978)

Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang sukses baik dalam tataran sekular maupun agama. (hal. 33). 

LamarTine 
Seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahawa:

“Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya fasilitas yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi tolok ukur kejeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah modern dengan Muhammad? 

Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri. Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentara, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah merubah altar-altar pemujaan, sembahan, agama, pikiran, kepercayaan serta jiwa… 


Kesabarannya dalam kemenangan dan ambisinya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannnya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah dogma. Dogma yang mengajarkan ketunggalan dan kegaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijakan. Seorang filsuf yang juga seorang orator, apostle (hawariyyun, 12 orang pengikut Yesus-pen.), prajurit, ahli hukum, penakluk ide, pegembali dogma-dogma rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan, pendiri 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: 

Adakah orang yang lebih agung dari dia?”

Lamar time 
Histoire De La Turquie, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277

“Dunia telah menyaksikan banyak pribadi-pribadi agung. Namun, dari orang orang tersebut adalah orang yang sukses pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau militer. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali terselimuti kabut waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kesuksesan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk merekonstruksi ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.


Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai bidang pikir dan perilaku manusia dalam sebuah episode cemerlang sejarah manusia. Setiap detil dari kehidupan pribadi dan ucapan-ucapannya telah secara akurat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh karena penelusuran yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya.
Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, administrator massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang – semua menjadi satu. Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut – hanya dengan kepribadian seperti dia-lah keagungan seperti ini dapat diraih.”

K. S. Ramakrisna Rao, Professor Philosophy dalam bookletnya, “Muhammad, The Prophet of Islam”


Kepribadian Muhammad, hhmm sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya bisa menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda bisa lihat Muhammad sang Nabi, Muhammad sang pejuang, Muhammad sang pengusaha, Muhammad sang negarawan, Muhammad sang orator ulung, Muhammad sang pembaharu, Muhammad sang pelindung anak yatim-piatu, Muhammad sang pelindung hamba sahaya, Muhammad sang pembela hak wanita, Muhammad sang hakim, Muhamad sang pemuka agama. Dalam setiap perannya tadi, ia adalah seorang pahlawan.
Saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan sececah harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya. Ini bukanlah klaim seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak terelakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak bias.

Prof. Snouck Hugronje

Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan internasional dan persaudaraan manusia di atas pondasi yang universal yang menerangi bagi bangsa lain.


Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam capaiannya mewujudkan ide persatuan bangsa-bangsa.
Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebagian dari apa yang Muhammad capai. Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kapada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahwa ia adalah putra Tuhan atau reinkarnasi Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan – dia selalu sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.

Pesanan penulis : Sekiranya ada perkataan yang tidak faham, bolehlah rujuk kepada mereka-mereka yang faham. Penulis hanya mengambil daripada sumber yang sahih. Dan edit sedikit-sedikit supaya mudah difahami. Wallahua'lam. =)


Sunday, 4 December 2011

Puasa Sunat Hari 'Asyura Esok.Jom!

Assalamualaikum w.b.t.

Kaifahalukum? Penulis mengharapkan agar kesihatan anda semua baik-baik sahaja yer.


Terdetik di hati penulis untuk mengingatkan anda semua termasuk diri penulis ini untuk bersama-sama melakukan ibadah sunat esok hari iaitu berpuasa sunat Hari 'Asyura. Jangan lupa yer untuk niat malam ni. Penulis risau, takut-takut terlupa lagi untuk pesan. =)

Penulis kongsikan sedikit kelebihan jika anda berpuasa pada Hari 'Asyura. Antaranya seperti yang diriwayatkan dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. :

“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: 
"Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". 

(Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Di samping itu, terdapat juga puasa hari Tasu'a yang bermaksud berpuasa pada hari kesembilan dalam bulan Muharram iaitu pada hari ini. Penulis hampir-hampir terlupa sebab tiada yang mengingatkan. Manusia. Insya-Allah hari esok takkan lupa yer. =) Selamat beramal. Berpandukan kepada hadis junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. :

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): 
“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! 
Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. 
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: 
"Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". 
Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” 

(Riwayat Imam Muslim)

Semoga dengan melakukan ibadah ini dapat meningkatkan lagi tahap keimanan anda dan penulis kepada Allah Yang Maha Kuasa. =)

Bukan Ramadhan yer. Tapi Muharram. =)

Sekian dahulu dari penulis. Wallahua'lam.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP