You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Monday 24 September 2012

Saat Islam Itu Dihina

Assalamu'alaikum.

Pada post kali ini ingat nak kongsi sedikit input yang ana dapat kutip semasa program Diskusi Ilmu oleh En. Radhi iaitu pada Sabtu malam, 6 Zulkaedah 1433 bersamaan 22 September 2012. Bole kate ni Part1 yang akan dikongsikan hanya berkisar tentang soal semasa.


Sekarang ni pakat sibuk dengan hal penghinaan terhadap Nabi kita Muhammad SAW melalui filem 'Innocence of Muslim'. Benar, elok sangatlah luahan ketidakpuasan hati yang kita zahir dan lemparkan itu. Namun dalam itu, janganlah pula kita sisihkan nilai adab dan batasan dalam meluahkan rasa itu. Pelik juga sampai diberitakan bahawa sehinggakan duta Amerika di Libya terbunuh semasa tunjuk perasaan. Dalam kesibukan itu sahabat dan sahibah sekalian, eloklah kita bermuhasabah dahulu. Mengapa sebenarnya Islam itu dihina?

Islam Dihina, Kerana 2 Perkara :

 1.  Kita yang Membenarkan Agama Kita Dihina
Aik? Bagaimana tu? Sedang kita melolong membantah filem yang menghina Nabi kita itu, sedar tak sedar kita sendiri merupakan antara punca mengapa Islam itu dihina. Tak nampak lagi? Baik, ana terangkan.  
Kita tidak mengamalkan ajaran Islam itu sehari-hari
Tidakkah kalian merasakan dengan tidak mengamalkan ajaran Islam itu telah menghina Islam itu sendiri? Dimana kita  saat muazzin melaungkan  azan di rumah Allah? Sudah rapatkah tautan ukhwah di antara  muslimin/at di sekitar kita? Sudahkah  kita mencintai saudara kita melebihi diri kita sendiri? Inilah lubang-lubang yang perlu kita tampal dengan plaster ajaran Islam itu sendiri. Atas sebab ruang yang hadir kerana lubang-lubang itulah yang membenarkan fitnah dan penghinaan terhadap Islam itu sendiri lolos lantas menyerang umat Islam.

2.   Kita Tidak Melahirkan Izzah (Kemuliaan) Islam
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
" Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama. "
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, " Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "

Sabda Baginda SAW,
" Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut. "
Sahabat bertanya lagi, " Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? "

Jawab Rasulullah SAW,
" Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn. "
Sahabat bertanya lagi, " Apakah itu al-Wahn? "

Rasulullah SAW bersabda,
" Cintakan dunia dan takut akan kematian. "
Maka benarlah sabda Rasul SAW. Benar, kuantiti kita pada hari ini amatlah ramai iaitu sebanyak 1.57b, bahkan melebihi kuantiti kaum Yahudi & Nasrani. Walaupun begitu, sabda Rasulullah SAW, " ..mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.. ". Kerana apa? Kerana cintakan dunia dan takutkan mati.
Lagi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu kafir di petangnya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu kafir di paginya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia ". (Sahih Muslim, No: 169)
Mudahnya umat akhir zaman melakukan maksiat. Para sahabat dan sahibah sekalian, hati-hatilah, takut-takut terlanjur maksiat yang telah dilakukan, ada yang mengakibatkan gugurnya syahadah kita. Nauzubillah. Mari bertanya kepada diri, sudah zahirkan izzah Islam itu disetiap perbuatan kita sehari-hari? Jadikan soalan ini motivasi buat diri. Insya Allah.

Jadi puncanya telahpun kita ketahui, maka solusinya pula bagaimana? Apa yang perlu kita lakukan apabila Islam itu dihina?
Apabila  Islam Dihina
  1. Lahirkanlah amarah kita! Tetapi  harus diingat, lahirkanlah ia dengan penuh adab dan akhlak.
  2. Fahamkan Islam itu sepenuhnya. Agar segala keputusan dan tindak-tanduk kita itu berlandaskan ajaran Islam. Lantas jika begitu, pasti ruang-ruang fitnah dapat ditutup rapi. 
  3. Kikislah segala sifat mazmumah di dalam diri. 
  4. Carilah titik-titik persamaan di antara saudara seMuslim  kerana Allah SWT
Kalaulah keempat-empat point di atas dapat dilaksanakan saat Islam dihina, tak ke hebat? Fikir, saat Islam itu dihina, amarah yang dizahirkan amatlah beradab dan berhikmah. Maka izzah Islam itu pasti terpancar lantas dapat menarik minat hati-hati mereka yang bukan Islam. Saat Islam itu dihina lagi, umat Islam berlumba-lumba untuk cuba memahami Islam itu sepenuhnya, mengapa Nabi Muhammad itu dihina? Bgaimana akhlak sebenar Rasulullah SAW? Semua persoalan itu dicari jawapannya. Saat itu lagi, masing-masing antara kita bersungguh-sungguh menghakis sifat mazmumah di dalam diri. Takut-takut perbuatan buruk kita itu yang membuka ruang fitnah terhadap agama Islam. Akhirnya, saat Islam itu dihina, maka makin rapatlah tautan ukhwah diantara Muslimin/at kerana masing-masing mereka mula mencari titik persamaan di antara mereka dalam usaha untuk memantap dan meneguhkan lagi saf umat. Masya Allah, maka saat Islam itu dihina, tidak langsung melemahkan umat Islam itu bahkan menambah lagi kekutatan umat Islam itu ! Takbir !  
 Sekian  perkongsian (:

Saturday 22 September 2012

Adab Sebelum Tidur Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum w.b.t.
Salam ceria dari penulis untuk anda semua. Moga kita berada dalam kalangan orang-orang yang mendapat naungan daripada-Nya. Takbir! Memandangkan hari ini adalah hari cuti bagi negeri kita, jadi penulis mempunyai sedikit kesempatan di situ untuk sama-sama menghidupkan dan 'refresh' minda dengan kalam-kalam suci yang sedikit sebanyak dapat membuka ruang dan peluang untuk minda kita berputar. Tidak terhenti. Otak yang ligat berfikir, insya-Allah tidak akan 'mati'. 


Penulis ingin menyentuh perihal kehidupan seharian kita. Dari awal bangun sehinggalah nak tidur, pernahkah memuhasabah diri akan segala apa yang dilakukan dalam tempoh itu? Pernah? Jika pernah, alhamdulillah dan tahniah penulis ucapkan. Sekiranya tidak pernah atau jarang-jarang, inilah saatnya untuk kita baiki diri. Betul? Ianya sangat mudah. Pernah tak terfikir akan soalan cepu mas ini?

"Andai aku meninggal ketika tidur, macam mana aku nak berhadapan dengan kubur yang gelap esoknya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkan aku bertaubat kepada-Nya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, mampukah aku mengangkat muka di hadapan-Nya?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku buang semua gambar di facebook?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memohon maaf kepada semua sahabatku?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku memaafkan mereka yang aku kasari?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku solat taubat?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, adakah Al-Quran akan menjadi penemanku dalam kegelapan?"
"Andai aku meninggal ketika tidur, sempatkah aku untuk merasai nikmat 'kecerahan' dunia?"

Pernah tak terlintas dalam fikiran soalan-soalan sebegini? Penulis merasakan bahangnya tatkala soalan-soalan ini terungkap di minda. Allahuakbar! Mampukah untuk menghadapi semua ini? Mampukah wahai sahabat-sahabat seperjuangan? Subhanallah.. Tak dapat dibayangkan... Subhanallah... 


Oleh itu, marilah sama-sama kita ingatkan diri. Ingatkan diri agar sentiasa memikirkan dosa-dosa lalu untuk dilupuskan dan fikirkan amalan-amalan baru untuk dipraktikkan. Agar kita tak menyesal. Allahuakbar!

Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan sebelum tidur mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Penulis adalah manusia biasa. Banyak juga salahnya. Anda juga sahabat penulis. Oleh itu, tiada salahnya untuk kita saling ingat-mengingati. Biarpun cetek ilmu ini, namun tetap ada nilainya di sisi Yang Maha Esa. Allahuakbar!

1. Bersuci (berwudhu' dan bersiwak 
2. Berniat utk melakukan ibadat (tahajjud dsb) di waktu bangun tidur nanti. 
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur. 
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti. 
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus. 
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam. 
7. Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat. Tangan kanan letakkan di pipi. 
8. Membaca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, An-Nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali. 
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu seperti mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan. 
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan: 
AlhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur. 


Sama-samalah kita laksanakan yang mampu. Jika tak mampu nak buat semua, PASTIKAN jangan tinggalkan semua. Allahuakbar! Cukuplah dahulu perkongsian untuk penulis kongsikan di hari cuti ini. Bertemu lagi di minggu hadapan. Insya-Allah. Assalamualaikum. 

Ya Allah, ampunilah aku. Ampunilah dia dan mereka. Kuatkan kami dalam mendidik diri kami sendiri. Saya teringat suatu doa dari Abu Bakr RA yang dipetik daripada kitab Hadits Thultha’ ( Bicara Hari Selasa) yang bermaksud :
“ Ya Rabbku, Kau lebih mengetahui tentang diriku dariku sendiri. Dan aku mengetahui akan diriku lebih dari apa yang manusia tahu. Ya Rabbku, jadilah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka. Ampunilah aku dalam hal yang mereka tidak tahu, Jangan Kau hukum aku dengan apa yang mereka kata.”
(Petikan dari blog BroHamzah)

Sunday 16 September 2012

Beramal Jangan Kerana Khasiat

Assalamualaikum w.b.t.
Pada kesempatan ini, penulis ingin menyebarkan kalam, menyampaikan risalah buat antum semua. Insya-Allah bermanfaat bagi penulis dan juga antum.


Mengamalkan ayat seribu dinar memang membuka pintu rezeki tetapi beramal dengan maksudnya. Apakah maksud yang tersirat itu wahai sahabat yang dikasihi Allah sekalian?

Sila fahami dan renungkan maksud ayat seribu dinar ini. 

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya.
Dan memberinya rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

5 ayat ini amat berkesan jika diteliti sebenar-benarnya. 


Allah berfirman,
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya"
Ayat ini sudah menekankan bahawa mana-mana manusia yang BERTAQWA kepada ALLAH YANG MAHA KUASA, maka Allah akan membantunya. 

Kesimpulan pendek yang boleh penulis kongsikan hari ini adalah sekiranya antum benar-benar takut kepada Dia Yang Maha Berkuasa, insya-Allah rezeki antum akan dijaga oleh-Nya. Takut yang bagaimanakah?

Takut untuk melakukan larangan-Nya.
Takut untuk memandang yang haram. 
Takut untuk berkata-kata yang haram. 
Takut untuk mendekati perkara yang lagha dan tidak bermanfaat. 
Takut untuk membicarakan hal-hal yang kotor.
Takut untuk melakukan kemungkaran.
Takut untuk memikirkan larangan-Nya.
Takut untuk mengamalkan perkara yang dilarang.
Takut untuk mendengar hal-hal yang dilarang. 
Takut untuk meneruskan perkara yang haram.
Takut akan azab-Nya yang menyeksakan.

Teringat penulis akan firman-Nya:

Barangsiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan membantumu. Dan mengukuhkan kedudukanmu.
(Surah Muhammad: 7)


Sudah terang lagi bersuluh. Sudah terang malam yang samar.
Sudah sirna hati yang kelam.

Tidak ada masalah untuk beramal dengan sesuatu perkara atau amalan. Biarlah kerana Allah. 

Pakailah pakaian kerana Allah.
Makanlah kerana Allah.
Beribadahlah kerana Allah.
Belajarlah kerana Allah.
Takutlah kerana Allah.
Keluar berjihad kerana Allah.
Keluar menuntut ilmu kerana Allah.
Menungganglah kerana Allah.
Bersolatlah kerana Allah.
Berzikirlah kerana Allah.
Memandulah kerana Allah.
Berjalanlah kerana Allah.
Berukhwahlah kerana Allah.
Menulislah kerana Allah.
Berjanjilah kerana Allah.
Sebarkanlah kerana Allah.

Berpeganglah kepada firman-Nya. Sesungguhnya janji Dia adalah pasti. Peganglah seerat-eratnya akan kalam-kalam Agung Dia Yang Maha Berkuasa. 

Takbir! Allahuakbar!

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP