You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Wednesday 30 November 2011

Menghayati Panahan "Selamat Berjuang" =)

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini penulis tidak berniat untuk membicarakan mengenai apa-apa sahaja isu.  Tetapi penulis sekadar ingin merehatkan minda penulis.  Blog ni dah jadi macam blog penulis.  Jadinya penulis berniat mahu berkongsi apa-apa sahaja ilmu, pandangan mahupun pendapat penulis di sini.  Sebagai seorang anak muda yang berdarah panas, kita adalah serupa.  Apa yang dirasai oleh anda, penulis turut merasanya.  Penulis juga masih belajar, sedang belajar akan hal duniawi dan ukhrawi.  

Biarlah identiti penulis dirahsiakan asalkan penulisan penulis ada manfaatnya. 


Penulis bekerjasama dengan Ckin Kembaq selaku bekas pelajar di PTSS bagi mengimarahkan lagi Bumi ilmu ini.  Penulis juga memohon jasa baik beliau untuk 'post' semula mengenai perkara yang ditulis penulis di FB Rakan Pusat Islam.  Semoga hasil usaha dan sedikit sumbangan daripada penulis dapat memberikan sesuatu yang berguna untuk dimanfaatkan bersama.  Sukacita dimaklumkan, sekiranya terdapat ahli-ahli Rakan Pusat Islam yang berminat untuk menjadi 'author', anda bolehlah meng'offer' diri anda dengan menghubungi penulis di sini ataupun Ckin Kembaq.  Perlu diketahui, anda boleh tambah saham Akhirat anda dengan menjadi author di sini.  =)  Semoga dengan penulisan kita ini, maka akan bertambah-tambah bekalan kita di akhirat kelak.  Penulis dan Ckin Kembaq akan membantu anda sekiranya anda benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada sahabat sepenulisan di sini.  Jadi, jangan risau.  Asalkan anda 'mahu'.  =)

Seperkara lagi yang penulis ingat, sekiranya anda rakan-rakan Pusat Islam tidak kira siapa sahaja diri anda, dan anda berniat mahu penulis kongsikan di blog ini, anda boleh emailkan sebarang cerita, artikel ataupun sebarang ilmu yang bermanfaat kepada penulis di rapiptss@gmail.com.  Penulis akan mengambil kira akan setiap artikel yang anda hantarkan.  Sekadar itu madah penulis.  Syukran kathiro.

Mari kita tenangkan diri kita dengan menghayati lagu ini.  =)

SELAMAT BERJUANG - BROTHERS


Peringatan :

Semoga segala ilmu yang kita pelajari dapat membimbing diri kita agar menjadi insan yang lebih berguna dan menjadi bekal buat kita di Akhirat kelak.  =)

Monday 28 November 2011

Dua Sahabat Sejati Dan Sepohon Kurma

Assalamualaikum.
Penulis sempat ber'blogwalking' mencari-cari sesuatu di alam maya ini.  Alhamdulillah tidak sia-sia perjalanan penulis untuk menziarahi salah seorang teman kita di alam maya ini.  Penulis pertama kali menziarahi beliau disebabkan penulis masih baru di dalam dunia blogwalking as an author for RAPI PTSS.  Penulis tertarik akan kisah dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah.  Begitu hebat perasaan yang ditanam di dalam hati mereka ini.  Penulis pun tidak mampu untuk memiliki dan memberi perasaan yang sebegitu rupa.  Seandainya ada lagi insan-insan seperti mereka ini, penulis cukup-cukup kagum.  Tidak mustahil dengan kuasa Allah Yang Maha Satu. =)

Selamat menyelami kisah dua sahabat.  Semoga ada pengajaran dan sedikit peringatan untuk kita gunakan sebagai panduan hidup.  Insya-Allah.

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum

Amiin ya Rabbal'alamin

"A good Muslim is one who doesn't let his errors DEFINE who he is,
but use them to REDEFINE who he is" 


Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah.
Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan 1001 kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka.

Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan & iblis. Mereka berkongsi kisah suka & duka, tawa & tangis bersama, susah & senang, sakit & sihat bersama & segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan & segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis & syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ & takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita.
Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.


Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit & bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik & pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ.
Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.


Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri.
Astaghfirullahal'azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu.
Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang.
Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini.
Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua.
Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?”
Tanya sahabat pertama.


Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah & daging kita tidak halal di sisi Allah.”
Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita.
Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya.
Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan & menghalalkan apa yang telah kita makan.
Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya.
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini.
Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,”
kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata,
“Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku.
Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja.
Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.


“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini.
Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!”
Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut.
Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama,
“Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita?
Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah.
Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah.
Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”


“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku.
Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon.
Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa.
Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini.
Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini.
Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu.
Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat.
Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,”
maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ.
Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.


“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya.
Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat & aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku.
Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula.
Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”
Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.

Subhanallah!  Begitu hebat ujian yang datang pada kedua-dua sahabat ini.  Penulis terharu dengan sikap sahabat kedua.  Penulis mungkin belum berjumpa dengan sahabat sepertinya lagi.  Tetapi penulis akan mencari.  Dan terus mencari.  Ianya kerana penulis masih belum dipertemukan dengan sahabat.  Sahabat yanag benar-benar seorang sahabat.  Mungkin juga penulis masih banyak kekhilafan yang perlu diperbaiki dan akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa.  Bersama-samalah kita memohon agar dikurniakan sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah.   Insya-Allah.  

Sehingga bertemu lagi kelak di masa akan datang.

Penulis tinggalkan anda dengan kata-kata daripada Saidina Ali :

"Seburuk-buruk manusia ialah orang yang tidak mampu mencari sahabat dan yang lebih teruk dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari”

Sahabat kita : Allah Seeker

Sunday 27 November 2011

Peristiwa Awal Muharram. Anda Tahu?

Assalamualaikum.

Hari ni pena sudah bertukar.  Giliran penulis lain pula yang berkongsi sesuatu di ruangan ini.  Penulis sempat menerjah internet bagi mencari serba-sedikit maklumat mengenai bulan Muharram bagi rohani penulis di samping menyampaikan kepada sahabat-sahabat pembaca semua.  Baru semalam kita menyambut kedatangan bulan Muharram yang mulia yakni bulan pertama dalam kalendar Islam. 
(=  Salam Maal Hijrah 1433 H  =)
[Image tahun 1432 H]

Waktu ini, amat-amat bersesuaianlah bagi kita semua untuk 'renew' azam kita.  Selain itu, kita juga boleh 're-check' azam kita yang lepas-lepas.  Adakah lebih baik?  Adakah lebih buruk?  Ataupun masih di tahap yang sama?  Sama-sama kita renung-renungkan sejenak.  Cari masa 2 minit setiap kali selepas solat untuk muhasabah diri kita kembali.  Apakah pencapaian yang telah kita lakukan sepanjang 12 bulan yang lepas?  Adakah kita mengubah diri kita sama ada dari segi tingkah laku, pemahaman dalam pembelajaran, membaiki akhlak yang lebih baik dan banyak lagi.  Fikir-fikirkan semula akan sikap yang dibina sejak kecil.  Mampukah kita mempertahankan diri kita dengan ilmu-ilmu yang kita ada?  Ataupun hanya sekadar untuk di'post' di facebook sahaja?  Atau sekadar untuk di'like' oleh orang lain?  Atau sekadar ingin menghidupkan laman sesawang?

Sungguh banyak persoalan yang timbul apabila kita memuhasabah diri kita ini.  Bukan sedikit, tapi tidak terkira banyaknya.  Diri anda, anda lebih mengetahui.


Berbalik kepada Bulan Muharram.  Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.  Bulan yang mempunyai banyak peristiwa yang tersembunyi di dalamnya.  Tetapi, adakah kita mengambil tahu akan peristiwa-peristiwa yang berlaku?

Tepuk dada, tanya iman.


Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan berkah ini yang perlu kita sebagai seorang muslim yang mukmin mengambil tahu akan kewujudannya.  Insya-Allah.  Diharap iman kita akan semakin bertambah. =)


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata : 
Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).  Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. 

Mereka menjawab,
"Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini.
Maka Nabi Muhammad saw bersabda : 
"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu".
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. 

Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah :

1. Barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. 
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan,
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun."
Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau. 
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadith. 

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka." 

Sahabat pun bertanya, 
"Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari."


Jawab Rasulullah, 
"Benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Lauh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.  Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura." 

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.  Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka.


Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu.  Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.  Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. 

Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.  Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.  Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu.  Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.


Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya.  Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 

10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.


Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya : 
"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya". 

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh penulis kongsikan untuk hari ini.  Semoga dengan apa yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak  menyedarkan kita akan kepentingan bulan-bulan Islam.  Wassalam.

Penulis tinggalkan anda dengan kata-kata daripada Iman Hassan al-Basri :

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".

Wednesday 23 November 2011

Selamat Jalan. Kita Pasti Bertemu Lagi. ^_^


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Memandangkan musim peperiksaan dah nak habis, jadi tibalah musim cuti bagi pelajar PTSS.  Bila direnungkan, segala penat lelah sepanjang belajar selama lebih kurang 5 bulan di sini, pastinya diri akan tersenyum lebar setelah mendapat keputusan peperiksaan yang gempak kan?  Ianya juga bergantung pada diri sendiri.  Sekiranya anda usaha sehabis mungkin, maka keputusan yang terbaiklah yang akan anda dapat.  Sekiranya sikit-sikit sahaja usaha anda, anda lebih lebih tahu keputusan yang bakal diperoleh.  ^_^  Sesudah peperiksaan, pastinya semua berkeinginan besar nak pulang ke kampung.

Mengikut cuaca sekarang ini, keadaan banjir di Kelantan, Terangganu dan Pahang dah banjir teruk.  Jadi, pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan mahupun di kawasan-kawasan ini, berhati-hatilah.  Jangan sampai kita yang jadi mangsa banjir.  Balik-balik je Poli nanti, tup-tup dapat berita buruk.  Seboleh-bolehnya kita nak elakkan perkara-perkara sedemikian.  Insya-Allah.  Berita di tv semalam sudah melaporkan bahawa sudah terdapat 3 mangsa mati lemas yang terdiri daripada kanak-kanak.  Moga-moga kita semua dilindungi tak kira di mana kita berada.


Kepada sahabat-sahabat kita yang akan menjejakkan kaki ke dunia Latihan Industri, jagalah diri anda semua sebaiknya.  Penulis mengingatkan supaya kita tidak akan mudah lupa dengan siapa diri kita yang sebenar.  Insya-Allah.  Bermacam-macam cerita yang kita dengar sewaktu sahabat-sahabat kita pergi Latihan Industri.  Ada yang masih mengekalkan akhlak dan sikap yang baik, ada yang berubah dari baik ke buruk, ada yang menjadi lebih baik dari dulu, menjaga batas pergaulan, menjaga hubungan lelaki dan perempuan, menjaga amalan-amalan seharian yang sememangnya sudah diamalkan sejak di Poli dan pelbagai lagi ceritera yang sedap dan kurang sedap didengar.  SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA SENDIRI.

Seseorang yang menyedari akan hakikat dia diciptakan sebagai seorang hamba yang lemah, 
DIA TIDAK AKAN MELANGGAR PERINTAH ALLAH.

Seseorang yang menyedari hakikat dia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini, 
DIA TIDAK AKAN MENINGGALKAN TANGGUNGJAWABNYA BEGITU SAHAJA.

Seseorang yang menyedari akan hakikat dia diciptakan sebagai seorang mukmin, 
DIA TIDAK AKAN LUPA AKAN KEWAJIPANNYA SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN.


Penulis ingin menggambarkan bahawa situasi sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam Latihan Industri, tidak bermakna segala amalan yang diistiqamah selama ini akan terhenti.  Tidak bermakna kita perlu mengubah diri kita menjadi seseorang yang baru.  Tidak perlu nak berlebih-lebihan dalam pergaulan.  Selagi mana iman masih hidup di dalam hati, selagi itulah Islam akan dijaga sebaiknya.  Percayalah.  Inilah pengalaman penulis yang turut pernah merasai alam Latihan Industri.  Bagi penulis, tiada masalah langsung.

Kita ke sana semata-mata untuk mencari sesuap ilmu, sebanyak mungkin pengalaman baru yang kita tidak dapat ketika di Politeknik dan mengenali akan dunia pekerjaan sebenar.  Sekiranya kita risau, takut terjerumus dengan perubahan-perubahan yang diterima dari luar, maka solusinya adalah dengan MENCARI SAHABAT yang dirasakan boleh dikongsikan segala-galanya sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri kelak.  Alangkah manisnya seandainya muslimin tetap  mencari muslimin dan muslimat mencari sahabat dalam kalangan muslimat.  Insya-Allah berkat bertambah, penyelesaian yang bakal dicari akan lebih mudah didapati.  

Mungkin setakat itu dahulu coretan penulis di permulaan bicara.  Selamat pulang kepada sahabat-sahabat seIslam dan seJamaah.  Renung-renungkan kembali saat-saat manis kita semua ketika di Politeknik.   Kenangan suka dan duka, hanya kita yang alami.  Nasihat penulis sekali lagi, berhati-hatilah dengan ujian-ujian yang bakal mendatang ini.

Penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
(Surah Muhammad : 7)

Sama-sama kita renungkan.  Sehingga bertemu lagi di lain ketika.  Wallahua'lam.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP